saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/05/2010

Wan Junaidi: Tarik balik penggunaan sub mesingan

KUCHING 12 Mei - Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) negeri Sarawak, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencadangkan supaya penggunaan senjata api jenis sub mesingan di tempat awam oleh polis ditarik balik.

Wan Junaidi yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, senjata itu tidak sepatutnya digunakan kerana Malaysia masih merupakan sebuah negara yang aman dan selamat.

Beliau sebaliknya berkata, penggunaan senjata itu di tempat awam oleh polis seolah-olah menunjukkan Malaysia sebuah negara yang masih berperang.

''Justeru, polis dan Kementerian Dalam Negeri seharusnya menarik balik penggunaan senjata jenis sub mesingan ini di tempat awam seperti di jalan raya, bandar dan lapangan terbang kerana ia menggerunkan dan menakutkan.

''Malah saya sendiri akan menjauhkan diri dan keluarga saya apabila melihat anggota polis yang membawa senjata itu kerana sekiranya berlaku kes tembakan, dengan mudah kita akan menjadi mangsa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dua insiden tembak membabitkan polis dan remaja di Seremban dan Shah Alam baru-baru ini selepas menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa PBPM negeri Sarawak di sini hari ini.

Wan Junaidi memberitahu, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya anggota polis menggunakan senjata api sampingan seperti pistol dan revolver, namun bukan sub mesingan di tempat awam.

Jelas beliau, penggunaan senjata api oleh polis sepatutnya dibenarkan untuk mempertahankan diri dan menguatkuasakan undang-undang ke atas mereka yang melakukan jenayah yang serius.

''Apa yang penting ialah anggota dan pegawai polis itu mesti dilatih sebaik mungkin mengenai penggunaan dan falsafah penggunaan senjata," tegas beliau.

Sementara itu, Wan Junaidi menegaskan, ibu bapa perlu memastikan kebebasan yang diberikan kepada anak-anak terutama untuk keluar pada waktu malam tidak disalah guna.

Justeru tambah beliau, ibu bapa seharusnya tidak memberi lebih ruang kepada anak-anak mereka untuk hidup bebas sebaliknya menekankan aspek disiplin dalam kehidupan harian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.