saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 13/05/2010

RM18 juta bantu sekolah Cina


Najib Tun Razak menyampaikan replika cek bernilai RM5 juta kepada Tiong Hiew King sambil diperhatikan Robert Lau Hui Yew pada majlis ramah mesra dengan persatuan sekolah Cina di Sibu, semalam.


SIBU 12 Mei - Perdana Menteri hari ini mengumumkan bantuan kewangan berjumlah RM18 juta kepada 67 sekolah rendah, menengah jenis kebangsaan Cina dan sekolah mubaligh di sekitar bahagian Sibu.

Daripada jumlah itu, 60 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) mendapat RM10 juta, lima Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) mendapat RM5 juta, Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart Sibu (RM2 juta) dan Sekolah Kebangsaan St. Mary Sibu (RM1 juta).

Sumbangan itu disampaikan Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis ramah mesra bersama kira-kira 1,500 wakil daripada Persatuan Sekolah Persendirian Cina Sibu dan Persatuan Sekolah Rendah Bantuan Cina Sibu di sini, hari ini.

Sumbangan itu diterima oleh Pengerusi persatuan itu, Tan Sri Tiong Hiew King.

Perdana Menteri yang tiba petang tadi untuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu menghadiri pelbagai program bertemu rakyat termasuk bersembahyang di Masjid An-Nur dan menyaksikan perarakan Tua Pek Kong.

Najib berkata, sumbangan kepada sekolah-sekolah Cina hari ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan Persekutuan untuk membantu meningkatkan bidang pendidikan di sini.

"Masyarakat Cina memang percaya yang pendidikan adalah segala-galanya dan sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapatkannya, tetapi anda juga memerlukan bantuan daripada kerajaan," katanya.

Atas kesedaran itu, beliau sentiasa menjadi 'sahabat sejati' dalam membantu pembangunan pendidikan sekolah Cina di negara ini.

"Misalnya, ketika menjadi Menteri Pelajaran, saya boleh dikatakan mengambil risiko apabila mencadangkan Akta Pendidikan dipinda untuk membolehkan sekolah rendah Cina ditukarkan menjadi sekolah jenis kebangsaan," katanya.

Beliau juga berkata, pemimpin parti pembangkang yang mendakwa mahu membawa perubahan kepada pendidikan kaum Cina sebenarnya tidak melakukan apa-apa, walaupun ada daripada mereka pernah menjawat jawatan Menteri Pelajaran suatu ketika dahulu.

"Memang mudah untuk berjanji akan melakukan itu dan ini ketika tidak berkuasa tetapi waktu berkuasa dahulu tiada apa yang dibuatnya," katanya merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut berkempen di sini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN sentiasa menunaikan apa yang dijanjikan seperti ketika pilihan raya Hulu Selangor baru-baru ini, peruntukan sebanyak RM3 juta diluluskan untuk sekolah Cina sebaik sahaja BN menang.

Katanya, penduduk Sibu tidak seharusnya mudah tertipu dengan janji-janji pembangkang yang kebanyakannya adalah penipuan semata-mata.

"Janganlah memperbodoh-bodohkan penduduk Sibu, kononnya boleh menyelesaikan masalah banjir dalam masa dua tahun dan sebagainya.

"Mereka ini tidak tahu bercakap benar.., lihat sahaja pada 16 September dahulu, seluruh negara dan dunia tertipu yang kononnya mereka akan membentuk kerajaan pada tarikh itu," katanya.

Sehubungan itu, Najib meminta penduduk Sibu menyokong Barisan Nasional (BN) yang mampu mengotakan apa yang dijanjikannya kerana beliau mempunyai pelan besar untuk penduduk Sibu, Sarawak dan Malaysia.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.