saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 13/05/2010

Siaran TV satelit percuma di pedalaman Sabah, Sarawak


Najib Tun Razak bersama Abdul Taib Mahmud, Musa Aman dan Rais Yatim pada majlis Pelancaran Siaran RTM Menerusi Satelit dan Pelancaran Komputer 1Malaysia di Sibu, semalam.


SIBU 12 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melalui Satelit (RMS) ke pedalaman Sarawak dan Sabah yang memberi faedah kepada lebih 200,000 penduduk kawasan itu menikmatinya secara percuma.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar terdapat kira-kira 12 peratus penduduk di Sarawak yang masih tidak menerima siaran televisyen terestrial biasa disebabkan penempatan penduduk pedalaman yang bertaburan dan tidak ekonomik untuk memasang menara pemancar.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), RTM dan Astro menjalin kerjasama untuk membolehkan siaran televisyen itu dinikmati penduduk mulai Ogos ini.

''Pakej yang ditawarkan adalah percuma untuk saluran TV1, TV2, TV3 dan beberapa saluran Astro yang akan ditentukan kelak melalui pakej khas yang diharap memberi peluang kepada penduduk pedalaman Sarawak dan Sabah menikmati siaran televisyen," katanya.

Beliau berucap pada majlis Pelancaran Siaran RTM Menerusi Satelit Ke Pedalaman Sarawak dan Sabah serta Pelancaran Komputer 1Malaysia yang turut diadakan bersempena Majlis Makan Malam Bersama Masyarakat Peniaga Cina Sibu di sini malam ini.

Turut hadir, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.

Pada majlis itu juga, Najib menyampaikan sumbangan sebanyak 50 unit komputer Netbook 1Malaysia kepada para pelajar yang layak di Parlimen Sibu.

Perdana Menteri berkata, beberapa kawasan seperti di Kapit, Belaga dan Marudi di pedalaman Sarawak masih tidak dapat menikmati siaran televisyen menyebabkan mereka terputus dari segi maklumat dan agenda kerajaan.

Selain itu, usaha sedang dipertingkatkan untuk mengatasi kesulitan teknikal supaya siaran radio RTM juga akan dipancarkan melalui satelit demi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Netbook 1Malaysia sebagai satu daripada inisiatif baru Jalur Lebar Negara.

''Komputer canggih buatan Malaysia ini yang berharga RM999 seunit akan diberikan percuma kepada para pelajar sekolah di seluruh negara dengan Sibu sebagai lokasi pertama penyerahan.

''Hari ini kita bagi 50 unit kepada pelajar, tetapi kita sudah menyediakan 1,000 unit untuk pelajar di kawasan Parlimen Sibu secara percuma," kata Najib.

Beliau menambah, segala janji yang pernah diberikannya akan tetap ditunaikan seperti pemberian sejuta komputer kepada pelajar sekolah yang kurang berkemampuan.

''Kalau saya berjanji, saya akan tunaikan. Jika tuan-tuan tolong saya, saya akan tolong tuan-tuan. Percayalah kepada orang yang boleh anda percayai," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.