saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/05/2010

Ashaari Muhammad meninggal dunia


ASHAARI Muhammad (kerusi roda) bersama isterinya, Khatijah Aam tiba di lapangan terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar pada 28 Oktober 2004.


IPOH 13 Mei - Bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan oleh kerajaan, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh di sini hari ini, tiga hari selepas dimasukkan ke hospital itu akibat jangkitan paru-paru.

Allahyarham yang berusia 73 tahun merupakan Pengerusi Global Ikhwan Sdn. Bhd., menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.10 petang.

Beliau berada di negeri ini dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Salah seorang pekerja syarikat itu, Marzuki Hussein, 57, memberitahu, Allahyarham yang digelar Abuya berada di sini selepas melawat Thailand dan Kedah.

Menurutnya, Abuya dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan Abuya meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang ini dan rakan-rakan meminta saya menyediakan kereta jenazah untuk membawa Allahyarham bagi disembahyangkan," katanya.

Marzuki ditemui pemberita selepas solat jenazah di rumah tamu syarikat itu, sebuah rumah banglo di Lorong Raja DiHilir di sini pukul 5.45 petang ini.

Hampir 200 orang hadir di rumah tamu tersebut sebelum jenazah Allahyarham dibawa dengan sebuah kenderaan untuk dikebumikan di Kampung Pilin di Rembau, Negeri Sembilan.

Allahyarham mengasaskan Al-Arqam pada tahun 1968 bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli, sebelum ia diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994.

Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971 sehingga 1972 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan mendapat sambutan lebih ramai ahli selepas bertapak di Sungai Penchala, Selangor pada tahun 1973 hingga 1975.

Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 September 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Al-Arqam yang juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah mempunyai kira-kira 10,000 pengikut yang menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan dan pertanian.

Menurut Marzuki, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke tempat kelahirannya di Kampung Pilin untuk dikebumikan.

Sementara itu di Rembau, seramai 300 pengikut Allahyarham berkumpul di Masjid Lama Kampung Pilin sejak petang ini.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung itu kira-kira pukul 10 malam ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.