saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 17/05/2010

Pengarah filem Iran mengaku tidak bersalah


Frederick Mitterrand membacakan surat yang dihantar pengarah filem Iran, Jafar Panahi pada Festival Filem Cannes, kelmarin. - AFP


CANNES 16 Mei - Seorang pengarah filem Iran yang dipenjarakan, Jafar Panahi yang mengutus surat yang ditulisnya dari penjaranya kepada festival filem Cannes menegaskan bahawa beliau tidak menerbitkan filem yang menentang pemimpin-pemimpin Iran.

"Saya tidak bersalah. Saya tidak pernah menerbitkan sebarang filem yang menentang rejim Iran," katanya dalam surat yang dibacakan pada kemuncak festival filem itu yang turut dihadiri Menteri Kebudayaan Perancis, Frederic Mitterrand, semalam.

Panahi, 49, ditahan di penjara Evin sejak 1 Mac lalu selepas didakwa menerbit sebuah filem mengenai krisis semasa pilihan raya Presiden Iran 2009.

"Saya tidak akan menandatangani sebarang pergakuan yang berbentuk paksaan dan ancaman," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Perancis yang berusaha membebaskannya.

Penahanannya itu, sekali gus menghalangnya untuk hadir sebagai juri yang akan memilih pemenang anugerah tertinggi festival berkenaan, The Palme d'Or.

Rabu lalu, seorang pengarah dari Amerika sayrikat (AS) yang bertindak sebagai ketua juri, Tim Burton turut menyertai desakan supaya Panahi dibebaskan.

Malah, kerusi yang sepatutnya diduduki Panahi sengaja dibiarkan kosong ketika majlis perasmian festival itu Rabu lalu sebagai simbolik kepada desakan untuk membebaskan Panahi.

Mitterand dan Menteri Luar Perancis Bernard Kouchner turut menggesa Iran membebaskan pengarah filem itu. Teheran bagaimanapun belum memberi sebarang reaksi kepada desakan itu.

Industri filem Iran semakin menyinar sejak beberapa dekad lalu lalu, namun, sekatan demi sekatan yang dilakukan oleh Presiden, Mahmoud Ahmandinejad menyukarkan usaha ramai pengarah filem di negara berkenaan.

Pada pilihan raya Presiden Iran tahun lalu yang menyaksikan Ahmadinejad dipilih semula telah tercetus tunjuk perasaan berdarah dan banyak penyokong pembagkang ditahan.

Khamis lalu, penganjur festival filem Cannes menayangkan video klip Panahi selama tiga minit yang mendakwa polis telah menyoal siasatnya selama tiga jam beberapa hari sebelum dia ditahan.

"Sebelum dibebaskan, pegawai terbabit mengugut untuk melakukan satu lagi sesi soal siasat. Malah pegawai itu turut bertanya, mengapa saya tinggal di Iran? Kenapa saya tidak membuat filem di luar negara," katanya dalam rakaman klip video berkenaan. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.