saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 18/05/2010

Bakal terputus bekalan air 2014

HULU LANGAT 17 Mei – Kira-kira 1.1 juta penduduk bakal berdepan ancaman terputus bekalan air menjelang 2014 sekiranya kerajaan Selangor terus enggan memberi kerjasama dalam Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) di Hulu Langat

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, projek yang menelan belanja RM8.65 bilion itu berdepan masalah apabila kerajaan negeri Selangor enggan memberi kelulusan untuk penggunaan 15 lot tanah yang diperlukan bagi membina LRAL2.

Selain itu katanya, permohonan bagi pembinaan stesen pam yang terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di beberapa kawasan di Selangor juga sehingga kini masih belum diluluskan.

Keadaan itu katanya, menyebabkan kementerian bimbang mengenai kemungkinan berlakunya krisis air yang akan melibatkan lebih sejuta penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya jika projek itu gagal disiapkan seperti yang dirancang.

“Sesuatu yang menghairankan apabila mereka telah pun meluluskan penggunaan 66 daripada 81 lot tersebut tetapi kemudiannya meminta projek ini ditangguhkan dan tidak memberi kelulusan untuk penggunaan baki 15 lot lagi sejak hujung Disember lalu.

“Saya bimbang LRAL2 tidak dapat disiapkan kerana tiada guna kita mempunyai terowong yang mampu menyalurkan air mentah dari Pahang ke sini tetapi tidak mempunyai loji untuk merawat air itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat tapak projek berkenaan di Pejabat Tapak PPAMPS, Batu 11, Hulu Langat di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman serta Pengarah PPAMPS, Datuk Ir. Ismail Mat Noor.

Berdasarkan Kajian Sumber Air Negara oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri pada 1998, pembinaan PPAMPS dianggap sebagai jalan terbaik bagi memenuhi peningkatan permintaan ke atas air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijangka mengalami defisit bekalan menjelang 2012.

Apabila siap, PPAMPS berupaya membekalkan 1,890 juta liter air sehari kepada penduduk di tiga kawasan berkenaan sehingga 2025.

Fah Kui memberitahu, setakat ini pembinaan terowong saluran air dari Pahang itu telah siap 14 peratus dan pihaknya kini mengharapkan kerajaan negeri memberi kerjasama bagi memastikan projek LRAL2 dapat disiapkan serentak dengan terowong tersebut pada 2014 nanti.

“Saya telah beberapa kali menghantar surat kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, termasuklah pada pagi ini.

“Sekiranya projek ini ditangguh atau dihentikan, bukan saja rakyat tidak dapat air malah kerajaan Pusat juga perlu membayar jumlah denda yang besar berdasarkan kontrak pinjaman pembiayaan daripada Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA),” tegasnya.

Kos pengambilan tanah yang diperuntukan untuk kedua-dua projek tersebut dianggarkan berjumlah RM650 juta.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada penangguhan itu bermotifkan politik.

“Saya tidak mahu buat spekulasi. Kita di pihak kementerian tidak tahu sebabnya,” katanya.

Mengenai kesan projek berkenaan kepada alam sekitar terutama apabila terowong berkenaan melibatkan kawasan hutan simpan, beliau berkata projek berkenaan hanya akan ‘mengorbankan’ 278 batang pokok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.