saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 18/05/2010

Kes saman BIMB: Khalid atur suntikan modal AS$100j

KUALA LUMPUR 17 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengatur suntikan modal sebanyak AS$100 juta daripada Bank Pembangunan Islam (IDB) kepada Bank Islam (Labuan) Ltd. (BILL) pada tahun 1998.

Separuh daripada wang itu digunakan untuk membiayai pembelian saham milik Abdul Khalid dalam Kumpulan Guthrie Berhad (Guthrie) apabila beliau turut membuat perjanjian Murabaha dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berhubung keuntungan hasil jualan saham berkenaan.

Perkara itu dinyatakan dalam ucapan pembukaan Abdul Khalid sebagai plaintif yang dikemukakan pada hari pertama perbicaraan kes saman beliau terhadap BIMB yang bermula hari ini.

Dalam ucapan pembukaan itu, Abdul Khalid turut mendakwa bahawa perjanjian kemudahan pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April 2001 tidak mengemukakan keseluruhan hasil rundingan antara beliau dengan BIMB.

Malah, perjanjian BBA itu didakwa terbentuk hasil hubungan baik selama sembilan tahun memandangkan Abdul Khalid bukan sekadar pelanggan tetapi pihak yang turut mengambil risiko sebagaimana BIMB.

Turut didakwa ialah tindakan BIMB berhubung penjualan saham milik beliau tidak konsisten dengan tuntutan syariat Islam serta dilarang mengikut Seksyen 3 Akta Bank Islam 1983 yang akan dibuktikan melalui keterangan pakar kelak.

Pada prosiding hari ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Securities Sdn. Bhd, Datuk Idris Md. Tahir turut memberi keterangan sebagai saksi pertama.

Antara dokumen yang dikemukakan ialah perjanjian kemudahan pinjaman BBA pada tahun 1997, transaksi jual beli saham di bawah perjanjian itu serta penerimaan wang AS$50 juta bagi menyelesaikan kemudahan pembiayaan tertunggak.

Abdul Khalid diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar dan M. Thomas Philip manakala BIMB diwakili Tommy Thomas.

Abdul Khalid yang hadir pada prosiding hari ini menyaman bank itu pada 18 Mei 2007 dengan mendakwa terdapat penjualan secara salah saham-saham miliknya dalam Guthrie di bawah kemudahan pinjaman BBA bertarikh 30 April 2001.

Selain ganti rugi, beliau memohon perisytiharan bahawa terdapat kontrak kolateral antara beliau dan BIMB dengan kemudahan pinjaman BBA.

Kes saman induk antara Abdul Khalid dengan bank itu didengar bersama dengan saman balas BIMB terhadap beliau yang difailkan oleh bank berkenaan pada 24 Mei 2007.

Dalam saman balas itu, BIMB mendakwa beliau telah melanggar perjanjian BBA yang ditandatangani ekoran kegagalannya melunaskan pinjaman berjumlah AS$18.52 juta (RM66.67 juta) yang digunakan untuk membeli saham Guthrie.

Abdul Khalid merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Guthrie dari 1995 hingga 2003.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Rohana Yusuf bersambung 31 Mei ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.