saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 18/05/2010

Pertuduhan ke atas peguam digugurkan

KUALA LUMPUR 17 Mei - Peguam, Edmund Bon hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas, tiga tahun lalu.

Hakim S. M. Komathy Suppiah menetapkan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menggugurkan dakwaan itu setelah menerima representasi yang dikemukakan oleh Edmund pada awal tahun ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan alasan pengguguran tersebut.

Edmund, 36, didakwa menghalang pegawai penguat kuasa Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) daripada menanggalkan kain rentang di hadapan pejabat Peguam Negara di Jalan Lebuh Pasar pada pukul 12.15 malan, 9 Disember 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Edmund yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam pada waktu kejadian diwakili peguam bela, M. Puravelan dan Amer Hamzah Arshad.

Mahkamah turut membenarkan permohonan peguam bela agar ketiga-tiga kain rentang tersebut dipulangkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.