saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/05/2010

Tiga produk kosmetik mengandungi racun berjadual

KUALA LUMPUR 17 Mei - Kementerian Kesihatan hari ini menyenaraikan tiga produk kosmetik yang disahkan mengandungi racun berjadual seperti hydroquinone dan tretinoin.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, produk tersebut ialah Zara Rejuvenation Cream, Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream dan Pigmentation Recovery Complex.

Menurutnya, racun hydroquinone telah dikesan dalam produk Zara Rejuvenation Cream keluaran Mum Bio Cos Manufacturing Sdn. Bhd. yang dikilangkan oleh Mum Bio Cos Sdn. Bhd.

Sementara itu, bahan tretinoin pula ditemui dalam produk Beauty Line keluaran Beauty Line Skin Care & Cosmetic Sdn. Bhd. yang dikilangkan oleh Yakin Invest Corporation Sdn. Bhd. manakala Pigmen Pigmentation Recovery pula dikilangkan oleh Sky Resources Sdn. Bhd. di bawah jenama Mycreme Skin Care Products.

"Penggunaan tretinoin dan hydroquinone tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana ia boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna jika digunakan tanpa nasihat doktor,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Eisah, penggunaan tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hiper sensitif kepada cahaya matahari.

Sementara itu, penggunaan hydroquinone pula akan menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit dan menghalang proses pigmentasi, katanya.

"Sesiapa yang mempunyai stok produk-produk berkenaan dinasihatkan menghentikan jualan atau pengedaran atau penggunaannya serta-merta.

"Pemilikan produk-produk terbabit bagi jualan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan mereka boleh didakwa,'' tegasnya.

Menurut beliau, jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tiga tahun bagi kesalahan pertama atau RM50,000 atau penjara lima tahun untuk kesalahan berikutnya.

Katanya, syarikat yang melakukan kesalahan itu pula boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.