saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 19/05/2010

Komita sasar eksport produk halal RM2.6 juta

PULAU PINANG 18 Mei - Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani (Komita) akan memasarkan produk halal negara ke pasaran antarabangsa dengan sasaran eksport bernilai RM2.56 juta bagi tempoh enam bulan pertama.

Ini merupakan hasil kerjasama strategik dengan AAALink Group Sdn. Bhd. (AAALink) menerusi pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) yang disaksikan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutif Komita, Sheikh Ahmad Dasuki berkata, menerusi perjanjian itu, lapan negara terutamanya Timur Tengah antaranya Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Oman, Mesir dan Syria menjadi sasaran pasaran.

''Eksport ini meliputi bekalan bahan-bahan mentah antaranya daging segar, produk tenusu, produk sejuk beku, makanan kering termasuk makanan tradisional yang dikomersialkan seperti kerepek ubi dan kerepek pisang.

''AAALink yang berpejabat di Arab Saudi akan mewakili Komita bagi memasarkan

produk usahawan tempatan ini ke negara-negara terbabit menerusi kedai konsep dikenali My Malaysia Trading House," katanya.

Komita, entiti pemasaran bumiputera yang dibimbing oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berperanan mengumpul dan memasarkan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan ke luar negara.

Beliau menjelaskan, My Malaysia Trading House merupakan program bagi memasarkan produk Halal Malaysia ke pasaran antarabangsa secara agresif khususnya negara-negara Timur Tengah.

Tambahnya, menerusi kedai konsep yang pertama seumpamanya, produk-produk tempatan yang berpotensi diperluaskan boleh dipasarkan dengan lebih terancang serta tersusun di bawah satu bumbung.

Pada majlis itu, Komita turut memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan, Husam Waksa Sdn. Bhd. (HWSB) bagi memasarkan bahan mentah serta produk halal ke Selatan Thailand.

Menerusi kerjasama itu, HWSB yang juga rakan niaga Komita dengan sebuah syarikat pemasaran dari Thailand, Putrania Intratrade akan mengeksport bekalan mentah serta produk halal ini melalui Pulau Pinang.

Putrania Intratrade mewakili Koperasi Patani Bhd. pula akan membekalkan produk berkenaan bagi keperluan pasar raya halal pertama di wilayah itu yang dijangka akan dibuka tidak lama lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.