saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 19/05/2010

Bumiputera ada tempat di BBCC


Jaafar Abu Hassan bersama ilustrasi artis bangunan Bukit Bintang City Centre di belakangnya.


TERHIMPIT di sebalik pembangunan pesat di sekelilingnya, Penjara Pudu yang terletak di Jalan Hang Tuah, di tengah-tengah ibu kota tidak mungkin mampu bertahan untuk lebih lama. Apatah lagi fungsinya sebagai tembok yang memisahkan banduan dengan dunia luar juga sudah berakhir.

Penjara Pudu yang sebelum ini dikenali sebagai Pudu Goal tidak lagi menempatkan banduan selepas November 1996 yang dipindahkan ke penjara baru di Sungai Buloh.

Antara puncanya ialah penjara yang dibina menyerupai penjara Kindly Bogambian berbentuk X ini tidak mampu menampung jumlah banduan yang terlalu ramai. Pernah satu ketika, penjara dengan 240 bilik ini menempatkan kira-kira 6,500 orang banduan sedangkan ia hanya boleh menampung kira-kira 2,000 orang pesalah dalam satu-satu masa sahaja.

Bagaimanapun tinggalan penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun ini selepas ini hanya akan tercatat dalam lipatan sejarah semata-mata. Tapak kawasan ini yang berkeluasan kira-kira 540,000 meter persegi akan bertukar wajah sepenuhnya menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC).

BBCC merupakan projek yang dicadangkan oleh Uda Holding Berhad (UDA) yang kemudiannya mendapat persetujuan kerajaan. Dengan pelaburan bernilai kira-kira RM5 bilion, projek pembangunan komersial yang kini sedang menunggu kelulusan pelan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dijangka dimulakan penghujung tahun ini.

Dibina dalam enam fasa, BBCC yang akan menempatkan hub pengangkutan awam, unit kediaman, hotel dan ruang niaga serta ruang pejabat dijangka siap pada 2017. Ia bakal menjadi mercu tanda baru ibu kota terutamanya di kawasan Bukit Bintang yang akan merubah landskap bandar raya Kuala Lumpur.

Dari sudut jangka panjang, pembinaan BBCC yang menggabungkan segala kemudahan di bawah satu bumbung tidak syak lagi mampu menyediakan sebuah lagi kemudahan untuk orang ramai. Namun apa yang menjadi kebimbangan ialah sejauh mana kemampuan bumiputera untuk turut serta dalam projek yang boleh disifatkan sebagai high class ini.

Dengan status tersebut, apa yang boleh dijangkakan ialah harga kemudahan yang ditawarkan pastinya tinggi dan di luar kemampuan kebanyakan bumiputera. Maka, meskipun secara dasarnya pemilikannya disyaratkan 60 peratus bumiputera dan selebihnya bukan bumiputera, ia akhirnya akan dibeli oleh bukan bumiputera kerana ketidakmampuan bumiputera.

Perkara ini dibangkitkan kerana pemajunya iaitu UDA merupakan agensi yang sangat dekat dengan tanggungjawab menjaga kepentingan bumiputera.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan UDA, Datuk Jaafar Abu Hassan mempunyai pandangan yang berbeza. Katanya, kaum bumiputera tidak lagi boleh terperangkap dengan mentaliti 'tidak berkemampuan' yang akhirnya akan sentiasa meletakkan mereka dalam ruang lingkup kehidupan yang rendah.

Sedangkan hari ini, sudah ramai orang Melayu dan bumiputera yang mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum yang lain. Beliau mengambil contoh beberapa projek pembinaan rumah kos mewah yang dibangunkan UDA yang mendapat sambutan di luar jangkaan di kalangan bumiputera.

Maka BBCC katanya, adalah antara bukti bahawa kaum bumiputera juga mampu untuk mendapatkan pengalaman gaya hidup sempurna dan mewah. Sementelah tambah Jaafar, usaha membantu orang Melayu dan bumiputera juga tidak sepenuhnya terletak di bahu UDA. Dalam projek pembangunan di BBCC misalnya tambah beliau, UDA hanya bertanggungjawab menyediakan premis untuk bumiputera berniaga.

Tetapi dari sudut bantuan modal dan pembangunan keusahawanan pula, ia terletak di bawah agensi-agensi lain seperti Mara, Tekun dan sebagainya.

''Tidak betul jika semua tanggungjawab membantu bumiputera itu diletakkan kepada UDA semata-mata. Sekurang-kurangnya menerusi projek BBCC ini, UDA membuka peluang kepada kaum bumiputera untuk berniaga dalam persekitaran perniagaan yang lebih kompetitif.

Tidaklah selamanya kaum bumiputera dikaitkan dengan perniagaan kecil-kecilan," katanya. Di sebalik semua itu, BBCC juga tegas Jaafar, tidak dibangunkan sepenuhnya dengan matlamat untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda daripada aktiviti komersial.

Sebagai contoh katanya, unit-unit kediaman yang dirancang dibina sebanyak 1,100 unit tidak akan dijual secara terus kepada individu sepenuhnya. Sebaliknya ia turut dijual kepada institusi seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Yayasan Pembangunan Bumiputera (YPB) yang mungkin akan menjual kepada ahli-ahlinya dengan harga berpatutan dan mampu milik.

''Agenda untuk membantu orang Melayu dan kaum bumiputera itu sentiasa dekat dengan hati UDA. Tetapi itu tidak bermakna UDA hanya perlu membangunkan projek kos rendah semata-mata. Sebaliknya apa yang menjadi keutamaan ialah untuk menyediakan sebuah ruang kehidupan yang mampu milik bagi bumiputera," katanya.

Namun ada sedikit kebimbangan daripada projek pembangunan ini terutamanya dari sudut sejauh mana ia mampu menjadi pelaburan berpotensi atau kemungkinan akan berakhir sebagai projek gajah putih.

Ini melihat kepada pusat komersial berdekatan kawasan ini yang agak kurang mendapat sambutan. BBCC mungkin menerima nasib yang lebih buruk apatah lagi dengan statusnya sebagai tapak penjara yang pernah menyaksikan kira-kira 180 hukuman gantung sampai mati dilaksanakan di sini.

Bagi sesetengah pihak, tapak penjara ini disifatkan sebagai kawasan yang 'malang' dan tidak sesuai untuk sesebuah projek. Mengakui turut menerima maklum balas seperti itu daripada beberapa pihak, Jaafar berkata, UDA akan memastikan BBCC menjadi sebuah projek komersial yang berdaya saing terutama dari sudut kemudahan dan hiburan yang ditawarkan.

Pengunjung dan penghuni BBCC juga akan dipastikan tidak diingatkan bahawa kawasan itu suatu ketika dulu pernah menempatkan sebuah penjara dengan 1,001 kisah seandainya status kawasan tersebut menyebabkan ramai pelabur berbelah-bahagi.

Pun begitu UDA juga menyedari, pasti ada yang terluka dengan usaha memadamkan memori terhadap sebuah penjara yang telah memberikan pengajaran kepada ramai orang itu. Tidak sekadar itu, Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun ini juga mempunyai nilai sentimental yang cukup tinggi kepada warga kota kerana keunikannya.

Antaranya ialah menempatkan mural yang dipercayai terpanjang di dunia iaitu kira-kira 385 meter yang dilukis sendiri oleh banduannya. Namun tegas Jaafar, orang ramai perlu realistik dengan situasi semasa sementelah penjara Pudu sendiri bukanlah bangunan warisan yang dinamakan oleh Organisasi Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) untuk dipertahankan.

Malah katanya, bukankah lebih baik sekiranya penjara yang tidak lagi dimanfaatkan itu dibangunkan dengan fungsi baru yang mampu memberi manfaat kepada lebih ramai orang pada masa depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.