saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 20/05/2010

Taman Negara Kukup dibuka semula akhir bulan depan


Ahli-ahli Kelab Wartawan dan Jurugambar Johor Bahru yang mengikuti ekspedisi ke Hutan Endau Rompin, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 19 Mei - Taman Negara Pulau Kukup di Pontian yang ditutup kepada pengunjung sejak 20 November tahun lalu akan dibuka semula pada akhir bulan depan.

Pengarahnya, Abu Bakar Mohamed Salleh berkata, kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf yang dijalankan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi kedua bernilai RM5.5 juta kini telah mencapai tahap 80 peratus siap.

Beliau berkata, kerja-kerja tersebut masih rancak dijalankan dan hanya melibatkan jeti utama Kuala Sungai Ular yang telah siap melebihi 70 peratus.

"Kerja-kerja lain antaranya kemudahan pelantar pejalan kaki, menara tinjauan mini dan jambatan gantung merentasi Sungai Ular dan Pulau Kukup juga sudah siap.

"Begitu juga dengan tempat menyimpan bot dan jambatan Sungai Ular, bangunan menara pemerhati, pelantar memancing dan bekalan elektrik," katanya pada sesi taklimat ketika Ekspedisi Taman Negara Endau Rompin Peta di Mersing anjuran Kelab Wartawan dan Jurugambar Johor Bahru (KWJJB), di sini baru-baru ini.

Abu Bakar berkata, pembukaan semula Pulau Kukup yang diwartakan sebagai Taman Negara Johor pada 27 Mac 1997 itu bakal mengubah wajah kawasan itu secara keseluruhan.

Menurutnya, taman negara itu dijangka dapat menarik lebih ramai pengunjung pada masa akan datang dan mampu kekal berdaya saing dengan lima taman negara lain yang terdapat di negeri ini.

"Oleh itu, kita harap pembukaan semula Taman Negara Pulau Kukup akhir Jun ini akan memberikan keselesaan yang lebih baik kepada pengunjung," katanya.

Taman Negara Pulau Kukup menerima kunjungan pelawat secara purata 35,000 orang setahun termasuk pelancong asing terutamanya dari Singapura.

Abu Bakar berkata, selepas dibuka semula, pihaknya tidak berhasrat menaikkan kadar bayaran masuk ke taman negara itu dan ia kekal RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk pelajar dan kanak-kanak.

Bagi pelancong asing, bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 bagi pelajar dan kanak-kanak.

Pada 31 Januari 2003, Pulau Kukup telah disenaraikan sebagai tapak Ramsar atau Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa.

Pulau yang berkeluasan kira-kira 647 hektar kawasan hutan bakau dan 800 hektar kawasan dataran lumpur itu merupakan pulau paya bakau yang tidak berpenghuni terbesar di dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.