saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 20/05/2010

Kakitangan bukan eksekutif TM naik gaji

20/05/2010 4:39pm

KUALA LUMPUR 20 Mei - Kakitangan bukan eksekutif Telekom Malaysia Berhad (TM) akan menikmati kenaikan gaji serta beberapa faedah lain dengan termeterai perjanjian baru antara pihak pengurusan dan kesatuan hari ini.

Kesatuan Kebangsaan Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (NUTE) yang diwakili Mohd. Jafar Abdul Majid menandatangani perjanjian itu dengan pihak pengurusan yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa.

Perjanjian yang diperbaharui setiap tiga tahun itu meliputi enam terma utama termasuk kenaikan gaji sebanyak 5.5 peratus, peningkatan elaun kos sara hidup yang ketara sebanyak RM50, serta penambahan faedah perubatan, kata

Zamzamzairani di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka juga menerima kenaikan pelbagai elaun termasuk elaun makan, penginapan, memandu, syif, menunggu panggilan, sewa rumah, kediaman, kesusahan, mengajar dan pemangkuan.

"Hubungan yang harmoni antara anggota dan pengurusan syarikat seperti yang dibuktikan oleh TM dan kesatuan pekerjanya pasti membuahkan hasil yang baik apabila warga kerjanya dapat bekerja dengan penuh semangat kerjasama, memahami antara satu sama lain, sekaligus menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi, katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.