saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/05/2010

Kaji SOP senjata api negara lain

PUTRAJAYA 20 Mei - Panel khas yang ditubuhkan untuk memantau siasatan kematian Aminulrasyid Amzah akan mengkaji prosedur yang digunakan oleh negara-negara lain berkaitan penggunaan senjata api oleh pihak polis.

Ini sebagai langkah penambahbaikan terhadap Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) mengenai penggunaan senjata.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, antara kajian yang akan dibuat ialah membandingkan prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan oleh Australia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

''Kita akan buat kajian dan perbandingan dengan negara-negara lain tentang SOP mereka dengan SOP negara kita dan dari situ kita akan buat penambahbaikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 496 kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini hari ini.

Pada 26 April lalu, Aminulrasyid maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda ketika remaja tersebut cuba melarikan diri dari ditahan di Seksyen 11, Shah Alam.

Abu Seman berkata, selain mengkaji SOP negara lain, aspek penambahbaikan lain yang dicadangkan termasuklah jenis senjata api yang boleh digunakan, latihan asas dan latihan ulangan.

''Selain latihan asas, latihan ulangan perlu juga dibuat dari semasa ke semasa kerana kadangkala latihan ini diperlukan untuk mengingatkan balik berkaitan penggunaan senjata api," katanya.

Abu Seman berkata, laporan mengenai cadangan penambahbaikan IGSO itu akan diselesaikan secepat mungkin melalui mesyuarat panel yang diadakan setiap minggu.

''IGSO sedia ada dihasilkan pada tahun 2003 dan mungkin boleh dibuat penambahbaikan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.