saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 21/05/2010

Bukit Aman tubuh pasukan khas pantau judi Piala Dunia

KUALA LUMPUR 20 Mei - Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memantau aktiviti pertaruhan bola sepak sempena Kejohanan Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung selama sebulan di Afrika Selatan, bermula 11 Jun depan.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pasukan khas itu akan diwujudkan di semua peringkat merangkumi Bukit Aman, kontinjen negeri dan daerah.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi membanteras aktiviti pertaruhan bola sepak di seluruh negara yang dijangka berleluasa sepanjang tempoh itu.

"Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Bukit Aman, Datuk Hasnan Hassan telah dilantik untuk mengetuai pasukan khas itu.

"Ia akan bekerjasama rapat dengan Interpol General Sekretariat Asia Pasific Expert Group on Asia Organised Crime yang berpengkalan di Lyon, Perancis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebagai permulaan, Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman telah pun memulakan risikan awal dan mendapat maklumat mengenai beberapa sindiket yang mula beroperasi menerima pertaruhan sebelum kejohanan bermula.

"Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti ahli-ahli sindiket itu dan tempat-tempat operasi mereka.

"Penganjur pertaruhan sudah pasti akan mengambil kesempatan untuk bergiat aktif sepanjang kejohanan itu," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Bakri memberi amaran terhadap sesiapa yang menganjur, bertaruh atau membiarkan premis mereka dijadikan tempat menjalankan aktiviti haram berkenaan, akan dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang.

Menurutnya, mana-mana pihak yang memainkan peranan mengutip pertaruhan boleh dituduh di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495).

Katanya, jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Pemain yang membuat pertaruhan pula bakal berdepan Seksyen 6(1) Akta sama yang mana boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

"Mereka yang menjadi tuan rumah, penjaga, pengurus kerana membenarkan sebuah tempat digunakan sebagai rumah pertaruhan terbuka juga tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang seperti mana yang dikenakan terhadap penganjur," tegas Mohd Bakri.

Beliau menambah, pihaknya juga polis boleh mengambil tindakan tambahan seperti undang-undang pencegahan iaitu Ordinan Darurat dan juga akan mengambil tindakan menyita harta benda melalui Akta Penggubahan Wang Haram dan Akta Anti Pengganas 2007 (AMLA).

Mohd. Bakri sehubungan itu meminta orang ramai supaya bersama-sama polis membanteras sebarang aktiviti pertaruhan haram terbabit.

Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti di sekeliling mereka atau mengetahui kewujudan sindiket tertentu diminta menyalurkannya kepada Rakan Cop di talian 03-21159999 atau Pusat Kawalan Malaysia (MCC) 03-22663444.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.