saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 21/05/2010

Levi pekerja asing dinaikkan

PUTRAJAYA 20 Mei - Kerajaan akan menaikkan kadar levi pekerja asing sebagai satu usaha untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada mereka mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kadar levi yang akan dikenakan itu berasaskan kepada sektor pekerjaan, tahap kemahiran dan jumlah peratusan pekerja asing.

"Kita bagi tempoh masa selama dua minggu kepada agensi dan kementerian yang terbabit dengan pekerja asing untuk meneliti cadangan peningkatan kadar levi itu.

"Tetapi dalam keadaan yang sama, kita perlu naikkan kadar itu dan akan kita kuatkuasakannya awal tahun 2011," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tahun lalu, Jabatan Imigresen merekodkan kemasukan 25.03 juta warga asing ke negara ini secara sah.

Dari jumlah itu, kira-kira 23.6 juta merupakan pelancong manakala 1.89 juta adalah pekerja asing yang sah.

Muhyiddin memberitahu, mesyuarat tersebut memutuskan majikan perlu bertanggungjawab sepenuhnya kepada pekerja asing yang mereka ambil dari agensi pekerjaan yang diiktiraf.

Kata beliau, ia bagi membolehkan kerajaan mengawal kemasukan pekerja asing manakala agensi pekerjaan tidak boleh sewenang-wenangnya membawa masuk pekerja kecuali ia diperlukan oleh majikan.

"Kita juga sedang meneliti kewajaran untuk mengenakan bon jaminan kepada majikan bagi memastikan mereka memikul tanggungjawab itu secara lebih berkesan," katanya.

Kata beliau, mesyuarat turut bersetuju untuk melaksanakan langkah pemutihan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ada di negara ini.

"Kita akan adakan selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkemaskan sistem pengumpulan data kemasukan pekerja dan pelawat asing ke negara ini.

"Masanya belum kita tetapkan tetapi kita jangka dalam tempoh tidak berapa lama lagi kita laksanakan perkara itu," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.