saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 22/05/2010

Azam, Zainoor bakat muda catur


Zainoor (kiri) gemar menggunakan strategi menyerang ketika bermain catur.


SUKAN catur bukan merupakan permainan yang popular di kalangan rakyat negara ini. Namun bagi yang memiliki kemahiran bermain catur, ia merupakan satu permainan yang menarik dan menguji minda pemainnya.

Bijak menyusun strategi sebelum menyerang musuh antara kriteria yang diperlukan dalam diri setiap pemainnya.

Malah setiap pemain memiliki gaya tersendiri kerana ada di kalangan mereka yang lebih cenderung menyusun strategi sebelum menyerang kubu lawan, namun, tidak kurang juga yang gemarkan corak agresif dengan melakukan terus serangan tanpa memberi ruang kepada lawan mereka.

Begitulah uniknya permainan catur jika difahami dengan lebih mendalam. Bagi peminat catur, sukan tersebut ada misteri dan rahsia yang perlu diselongkar oleh pemainnya jika mahu menakluki 'Raja'.

Bagi Muhammad Noor Azam Mohamad Noor, 11 dan juga adiknya, Zainoor Ikmal Maisarah, 8, sukan catur bukan asing bagi mereka kerana permainan itu yang membawa mereka ke merata tempat menyertai pertandingan yang dianjurkan di dalam dan luar negara.

Kedua-dua kanak-kanak itu yang merupakan anak kepada pasangan guru, Mohamad Noor Bakar dan Zainab Misiran adalah tonggak kepada pasukan catur daerah Hulu Selangor.

Malah Azam dan Zainoor yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (SKTBR) 1, Rawang bakal berangkat ke Beijing, China untuk menyertai pertandingan catur Asian Challenge pada 3 hingga 13 Julai ini.

Sebelum ke China, Zainoor terlebih dahulu akan menyertai pertandingan Catur Asean yang berlangsung di Filipina pada 4 hingga 13 Jun.

Menyimpan impian mahu menjadi pemain catur sehebat Gary Kasparov dan Judith Polgar, Azam serta Zainoor merupakan anak yang cukup bertuah kerana menerima dorongan daripada kedua ibu bapa mereka untuk bergelar pemain catur handalan dunia satu hari kelak.

Bapa mereka, Mohamad Noor berkata, dia sememangnya menggalakkan kedua-dua anaknya itu bermain catur sejak usia mereka masih kecil lagi kerana sukan tersebut diyakini mampu membentuk minda putera dan puterinya berpemikiran cergas serta tajam.

"Permainan catur ini banyak rahsianya, malah ia turut mengajar kita supaya bijak menyusun strategi. Kalau kita silap langkah, perancangan yang disusun turut akan musnah sama sekali.

Jelas Mohamad Noor, setakat ini, Malaysia masih belum mampu melahirkan pemain-pemain catur yang bertaraf Grand Master (GM) kerana yang paling hebat sekali pun hanya setakat International Master (IM).

"Tahap GM ini adalah tahap yang dicapai oleh seorang juara dunia dan kalau boleh saya mahukan anak-anak saya ini mencapai tahap tersebut dan menjadi anak Malaysia pertama menerima pengiktirafan itu," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai kegagalan Malaysia melahirkan pemain catur bertaraf GM, Mohamad Noor memberitahu, kurang sokongan daripada pihak tertentu terhadap sukan catur berbanding sukan teras lain menjadikan acara tersebut kurang mendapat perhatian.

Katanya lagi, masalah tersebut telah menyebabkan pemain-pemain catur di negara ini tidak mendapat dorongan sewajarnya untuk mencapai tahap permainan yang bertaraf dunia.

Mengulas mengenai penglibatan anak-anaknya dalam sukan catur, Mohamad Noor berkata, Azam merupakan pemain yang mengutamakan strategi sebelum dia menyerang lawannya manakala adiknya, Zainoor lebih gemar bermain dengan cara menyerang.

Catur merupakan sukan yang tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan sewajarnya acara tersebut tidak berhadapan dengan masalah untuk disuntik modal bagi membangunkan sukan berkenaan.

Tidak salah jika catur turut maju seiring dengan sukan teras yang lain seperti bola sepak, badminton, hoki, skuasy, renang, olahraga, basikal dan gimnastik kerana acara tersebut turut menjulang nama Malaysia di pentas antarabangsa jika ada jaguh dunia yang mampu kita lahirkan satu hari nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.