saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 22/05/2010

WIEF digesa sokong dinar emas

KUALA LUMPUR 21 Mei - Anggota Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) diminta menyokong gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menimbang dinar emas sebagai instrumen perdagangan sesama negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Dalam membuat gesaan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cydinar Sdn. Bhd., Mohd. Zahari Osman berkata, sistem dana emas Islam membabitkan sistem pembayaran menggunakan emas.

"Ia mata wang yang disokong emas, sebaliknya suatu mekanisme defensif dan bukan sebaliknya," katanya kepada Bernama di sini.

Dinar yang berasal daripada perkataan Latin Denarius, syiling emas empayar Rom Byzantium, dan oleh itu ia berasal dari Eropah.

Pada 2001, Dr Mahathir mengilhamkan idea sistem pembayaran emas -- dinar emas -- bagi menjelaskan pembayaran perdagangan dua hala dan pelbagai hala antara negara, dan oleh itu menangani risiko tukaran mata wang asing.

Menerusi kaedah ini, emas digunakan sebagai medium pertukaran dan sebagai unit akaun menggantikan mata wang negara.

Harga eksport dan import disebut harga dalam unit berat emas.

Cadangan itu bertujuan mencari sistem alternatif ketika berlaku situasi ekonomi yang tidak menentu, dengan sistem konvensional terdedah kepada manipulasi dan spekulasi mata wang.

Mohd Zahari berkata, cadangan menggunakan dinar emas sebagai instrumen dagangan, wajar diterima oleh semua memandangkan ia akan membawa manfaat yang luas.

Beliau berkata, ekonomi Islam pada asasnya berbeza daripada undang-undang manusia dalam memperhalusi masalah ekonomi.

"Ia merupakan satu-satunya paradigma ekonomi alterntif dan bebas sepenuhnya di dunia hari ini," katanya.

Ia berasaskan kepada prinsip-prinsip sumber Islam yang biasa untuk kebajikan manusia dan menawarkan set alternatif jelas mengenai parameter aktiviti ekonomi.

Beliau berkata, berbanding sistem lain, ia menawarkan alternatif menyeluruh dan lebih baik berbanding sistem yang digunakan dalam ekonomi monetari dan fiskal Barat.

"Peranan setiap satu ditentukan berpandukan sistem ekonomi Islam, yang termasuk zakat, mengharamkan faedah, sederhana dalam penggunaan, sistem perwarisan, Hisbah, Qirad, dan pemilikan bersama sosial dan persendirian dalam pengeluaran," katanya.

Zakat merupakan kaedah utama dasar fiskal kerana ia membabitkan peruntukan sumber, tahap permintaan aggregat serta agihan pendapatan, dan memandangkan kepelbagaian dalam jumlah dan masa kutipan dan agihan zakat, ia mewujudkan variasi dalam pendapatan tetap dan boleh guna serta modal dalam edaran. -- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.