saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/05/2010

Perkasa cabar Pemuda Pas

MACHANG 22 Mei – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Dewan Pemuda Pas mendesak kerajaan-kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang supaya menghapuskan juga lesen judi di negeri terlibat.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan itu berasa aneh dengan sikap sayap parti tersebut yang hanya menyalahkan Kerajaan Pusat kerana meluluskan lesen pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 tetapi membiarkan premis judi lain terus beroperasi di negeri-negeri pakatan pembangkang.

Menurutnya, sikap pemimpin muda Pas itu juga menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam memperjuangkan Islam tetapi hanya mahu meraih sokongan politik demi kepentingan peribadi.

“Memang kita sokong dengan bantahan itu, malah Perkasa sendiri telah bertindak lebih awal menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan lesen ramalan bola walau atas apa alasan sekalipun.

“Persoalan di sini ialah kejujuran dan keikhlasan Pemuda Pas itu sendiri. Kalau dia benar-benar jujur, ikhlas untuk membanteras judi, bukan baru sekarang mereka perlu bertindak demikian, sepatutnya mereka juga sudah lama mendesak negeri-negeri yang dipimpin pakatan pembangkang supaya menghapuskan judi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Bicara Perkasa di tapak Pasar Borong Hutan Kuin dekat sini lewat malam tadi.

Semalam, Dewan Pemuda Pas di beberapa buah negeri telah mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mencabar kerajaan negeri supaya menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut sekiranya benar-benar berhasrat untuk menghapuskan kegiatan itu.

Ibrahim berkata, sekiranya Pemuda Pas benar-benar memperjuangkan Islam, mereka akan segera bertindak menghapuskan judi di negeri-negeri pakatan kerana ia di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

“Pas seolah-olah hanya nampak kuman di seberang laut tetapi tidak nampak gajah di depan mata. Saya puji tindakan Pas di Kelantan yang menutup semua premis judi tetapi kenapa langkah sama tidak dilaksanakan di Kedah kerana mereka yang menjadi tunjang kerajaan negeri.

“Ini satu sikap hipokrit, satu sikap berat sebelah. Jadi saya tidak nampak keikhlasan Pas menentang isu lesen judi ini kerana hukumnya haram tetapi lebih menjurus kepada isu politik,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, tindak tanduk Pas hari ini menunjukkan mereka hanya menjadi ‘keldai’ kepada DAP sehingga sanggup meninggalkan perjuangan asal iaitu menegakkan syiar Islam semata-mata mahu mencapai cita-cita politik.

Katanya, pemimpin Pas tanpa segan silu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu berkempen dengan menggunakan isu kalimah Allah sehingga mencemarkan kesucian agama Islam.

“Kita boleh lihat dalam isu kalimah Allah, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah tetapi timbalannya, Datuk Dr. Haron Din berpendapat sebaliknya.

“Orang bukan Islam akan melihat kecelaruan di antara ulama Islam sendiri dan akhirnya mereka tidak lagi menghormati agama suci ini,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.