saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 23/05/2010

Apa kesudahan judi bola?

Keputusan kerajaan memberi lesen kepada Berjaya Group untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak dunia 2010 bulan depan, mencetuskan isu hangat.

Menurut kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Chor Chee Heung baru-baru ini, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan, yang mahu mendapatkan kembali hak penganjuran pertaruhan Piala Dunia.

Antara hujah bagi meluluskan lesen tersebut adalah untuk membendung dan mengawal aktiviti pertaruhan haram, yang kini berleluasa. Beberapa garis panduan akan ditetapkan kepada syarikat berkenaan termasuk tidak membenarkan mengambil pekerja beragama Islam dan dilarang menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan Islam.

Persetujuan kerajaan itu mengundang rasa tidak senang banyak pihak terutama di kalangan umat Islam yang bimbang kesan buruknya kepada masyarakat. Ada yang mengemukakan bantahan seperti mengadakan demonstrasi di perkarangan masjid dan seperti biasa, Pas mengambil kesempatan untuk mempolitikkan isu tersebut.

Awang mendapat tahu di sebalik kenyataan Kementerian Kewangan mengenai kelulusan itu, perkara tersebut sebenarnya belum dimuktamadkan. Dengan kata lain, ia boleh ditarik balik. Sejauh mana kesahihannya, tidak dapat dipastikan lagi.

Awang percaya kerajaan akan mengambil keputusan yang terbaik selepas mendapat reaksi banyak pihak dan orang ramai. Sudah terbukti beberapa keputusan kerajaan yang dicapai dalam isu-isu tertentu sebelum ini, telah dikaji semula selepas menerima reaksi rakyat. Ada yang ditangguh dan ada yang dibatalkan.

Sebagai kerajaan yang komited dan prihatin kepada suara rakyat, Awang tidak nampak masalah besar bagi kerajaan untuk membatalkan sama sekali lesen pertaruhan bola sepak. Bantahan rakyat boleh dijadikan asas kepada tindakan itu nanti.

Pada masa yang sama, Awang berharap Pas mencermin diri. Janganlah hanya nampak isu pertaruhan bola sepak sahaja. Bagaimana pula dengan sikap memejam mata kepada penjualan arak dan judi di negeri-negeri pimpinan pakatan pembangkang.

Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat misalnya bukan sahaja membenarkan operasi penjualan arak malah menghalalkan hasil cukai daripada arak di sebalik laungan berdegar-degar membanteras gejala tersebut. Kalau di bawah kerajaan Pas, yang haram pun boleh menjadi halal.

Di Selangor lebih teruk. Kegiatan judi, penjualan arak dan operasi rumah maksiat berleluasa di bawah kepimpinan kerajaan campuran PKR-DAP-Pas. Begitu juga di Pulau Pinang. Mengapa Pas membiarkan sahaja? Kenapa tiada demonstrasi membantah? Nampaknya parti itu lebih tunduk kepada polisi DAP sehingga gagal menjunjung kepentingan Islam. Banyak persoalan yang perlu dijawab oleh Pas tentang judi dan arak sebelum menuding jari kepada pihak lain. Jika Pas tidak mampu untuk mewujudkan persekitaran yang benar-benar bebas daripada ancaman gejala tersebut, gugurkan sahaja perkataan Islam daripada nama parti itu.

Berbalik kepada isu pertaruhan bola sepak, apa kesudahannya? Awang yakin akan ada penyelesaian yang baik. Tunggulah...

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.