saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 24/05/2010

Sri Mulyani disebut jadi calon Presiden 2014

JAKARTA 23 Mei - Bekas Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati digambarkan sebagai bakal calon untuk pilihan raya presiden 2014 selepas beliau muncul daripada kontroversi politik berhubung Bank Century tanpa integriti beliau terjejas.

Kemungkinan itu tergambar di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) pada Khamis lalu apabila seorang ahli dewan menjerit 'calon Presiden 2014!' sewaktu Sri Mulyani menyampaikan ucapan perpisahannya pada sesi penuh DPR.

Sri Mulyani yang akan memegang jawatan pengarah urusan di Bank Dunia di bawah Presidennya, Robert Zoellick dalam ucapan lain pada Selasa lalu, menyifatkan pertukarannya itu sebagai berpunca daripada 'perkahwinan politik'.

Penganalisis berkata, kata-kata Sri Mulyani itu merujuk kepada perikatan politik yang baru dijalin antara Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dengan Parti Golkar.

Menurut akhbar The Jakarta Post, bekas Menteri Kewangan itu telah berkali-kali berbalah dengan Pengerusi Golkar, Aburizal Bakrie.

Dalam ucapannya pada Selasa lalu, Sri Mulyani berkata, beliau tidak lagi boleh berada dalam sistem politik yang tidak begitu mengutamakan etika, namun pemergian beliau tidak bermakna beliau tewas dalam konflik dengan golongan tertentu.

"Saya menang kerana saya tidak boleh diperintah oleh mereka yang tidak mahu saya berada di sini," tegas beliau.

Penganalisis daripada Institut Survei Indonesia, Burhanuddin Muhtadi berkata, perbezaan imej antara Sri Mulyani dengan Susilo menjadikan wanita itu calon presiden yang berpotensi ketika Presiden sendiri kelihatan sudah hilang daya tarikannya.

"Peluang beliau untuk menjadi calon presiden pada 2014 terbuka luas disebabkan krisis kepimpinan selepas Susilo menamatkan penggal keduanya. Rakyat mengharapkan tokoh yang memiliki keupayaan dan kewibawaan untuk bertanding pada 2014," katanya.

Burhanuddin menggambarkan perbezaan imej yang jelas antara Sri Mulyani dengan Susilo.

"Presiden dilihat sebagai pemimpin yang lembap dan sukar membuat keputusan, sedangkan Sri Mulyani dilihat sebagai tegas dan tidak mudah berkompromi," katanya. - Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.