saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 24/05/2010

Azhar mahu bersara wakil rakyat

BUTTERWORTH 23 Mei - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, 64, hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, sudah tiba masanya pemimpin muda diberi peluang untuk meneruskan perjuangan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Sebagai pemimpin muda, jelas beliau, mereka berupaya melakukan transformasi politik menerusi idea dan pendekatan baru.

"Lagi pun sudah lima penggal saya berkhidmat sebagai wakil rakyat, bermula 1997 hingga sekarang dan pernah menjadi Exco selama tiga penggal.

"Saya sudah tidak berdaya untuk bergerak aktif terutama pada waktu malam berbanding ketika usia muda dahulu, pantang ada masalah rakyat, saya akan sampai ke tempat itu untuk menyelesaikannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Azhar yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) memberitahu, keputusan tersebut bukan bermakna UMNO Pulau Pinang kini semakin lemah.

Sebaliknya, menurut beliau, calon-calon BN pada masa depan perlu benar-benar berkemampuan serta bersedia untuk mengatasi setiap masalah rakyat di dalam dan luar bandar, tidak kira siang atau malam.

Beliau berkata, masyarakat amat mengharapkan seseorang wakil rakyat yang dipilih mampu memenuhi hampir setiap kehendak mereka.

"Saya pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari 1995 hingga 1997, jadi saya tahu apa yang dimahukan oleh rakyat.

"Bukan senang untuk memuaskan kehendak setiap rakyat tetapi jika kita sanggup berusaha memenuhinya, maka kita akan terus mendapat sokongan mereka," ujarnya.

Ditanya mengenai reaksi rakyat terhadap program-program yang disediakan oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Azhar menjelaskan, beliau lebih banyak mendengar rungutan daripada pujian.

"Sebagai contoh, sejak pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang, tidak banyak peruntukan disediakan oleh kerajaan negeri untuk memajukan bumiputera dalam bidang perniagaan.

"Yang ada hanyalah bantuan dan pinjaman yang disediakan oleh Kerajaan Pusat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.