saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 24/05/2010

Kebanyakan pegawai diplomatik kita pemalu kata Hasmy Agam

24/05/2010 6:03pm

KUALA LUMPUR, 24 Mei Lupakan saja meminta mereka belajar bahasa asing atau menonjolkan Malaysia.

Kebanyakan pegawai diplomatik kita yang bertugas di luar negara bukan saja kekurangan kemahiran perhubungan awam tetapi juga terlalu pemalu apabila berjumpa pegawai dari negara-negara lain, kata Pengerusi Eksekutif Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), Tan Sri Hasmy Agam.

Beliau berkata tidak fasih berbahasa Inggeris juga satu daripada faktor yang mengekang pegawai Malaysia untuk berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawatan dari negara asing berkenaan polisi dan isu-isu yang penting kepada negara.

"Pegawai diplomatik kita sama ada dari Kementerian Luar atau kementerian-kementerian lain kebanyakannya terlalu malu untuk bercakap atau membuat pembentangan khususnya ketika diplomasi pelbagai hala dan tahap bahasa Inggeris mereka juga jatuh, katanya kepada pemberita semasa taklimat media IDFR, di sini hari ini.

Hasmy merupakan bekas pegawai diplomatik dan pernah berkhidmat sebagai duta Malaysia di beberapa negara termasuk Perancis dan Libya serta menjadi wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Misi Tetap Malaysia di New York dari 1998 hingga 2003 sebelum bersara dan menyambung perkhidmatan di IDFR pada 2007. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.