saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 24/05/2010

Tugas pengawal keselamatan berisiko

KUALA LUMPUR 23 Mei - Seperti anggota keselamatan yang lain, tugas pengawal keselamatan terutama di bank dan kedai emas adalah berisiko tinggi kerana kemungkinan berhadapan dengan kejadian jenayah rompak pada bila-bila masa.

Disebabkan itu, tugas berkenaan memerlukan mereka yang mempunyai fizikal serta dalam lingkungan umur yang sesuai selain mampu memberikan komitmen yang baik dan faham dengan tanggungjawab menjaga keselamatan yang diamanahkan kepada mereka.

Bagaimanapun, tinjauan Unit Khas Utusan Malaysia di sebuah kedai emas popular yang memiliki banyak cawangan di seluruh negara mendapati ada pengawal yang bertugas melebihi usia 60 tahun iaitu had umur yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam negeri (KDN).

Seorang pengawal keselamatan yang ditemui mengakui bahawa umurnya sudah melebihi 60 tahun tetapi masih ditugaskan mengawal keselamatan kedai emas berkenaan.

Menurut pekerja kedai emas berkenaan yang enggan dikenali, syarikat kawalan keselamatan menyediakan dua atau tiga orang pengawal keselamatan di kedai itu setiap masa.

Jelasnya, pengawal itu akan ditempatkan di bahagian hadapan kedai dan seorang lagi di dalam kedai, namun orang ramai tidak menyedari kehadirannya kerana berada di kawasan rahsia.

"Pengawal keselamatan yang seorang lagi akan berkeliaran di kawasan kedai dengan memakai pakaian biasa bagi memantau aktiviti yang berlaku di kedai emas," katanya.

Tinjauan yang dilakukan di bank-bank pula mendapati, kebanyakan pengawal bersenjata mengawal di kawasan kaunter manakala seorang lagi berada berhampiran kawasan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Menurut seorang pengawal keselamatan di sebuah bank, Ahmad Jailani, bertugas di institusi kewangan memberikan cabaran serta risiko yang sukar untuk diagak.

Dia berkata, setiap pengawal keselamatan yang ditugaskan di bank perlu menjalani latihan menembak dan kecergasan yang teliti sebelum bertugas.

"Ini bagi membolehkan kami mengawal keadaan jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti rompakan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.