saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/05/2010

AF8 bertahan, tetapi 'penat'


SHAHIR dengan kereta Peugeot 207 yang dimenanginya selaku juara AF8.


PROGRAM realiti televisyen (TV), Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) melabuhkan tirai konsert ke-10 atau yang terakhirnya untuk musim ini selepas menerima pelbagai kritikan daripada peminat dan media massa.

AF8 dikritik antaranya kerana mewujudkan program Debaran setiap Ahad bagi mengumumkan penyingkiran pesertanya di mana ia tidak seperti musim-musim sebelum itu yang dilakukan selepas konsert mingguannya pada setiap Sabtu.

Pembaharuan format itu menyebabkan para penonton bosan. Malah pelbagai gimik dan gaya persembahan pelajar-pelajar AF8 juga dikatakan kurang berjaya menarik perhatian tidak seperti AF2 atau AF3.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Zainir Aminullah tidak menafikan senario itu kerana untuk mempertahankan program realiti yang sudahpun diadakan sejak lapan tahun lalu itu ia bukanlah suatu perkara mudah.

"AF adalah suatu jenama yang masih bertahan sehingga musim kelapan. Untuk bertahan lapan musim amat sukar. Ia adalah cabaran untuk kami semua. Namun, AF masih lagi program realiti TV nombor satu dan ia tidak boleh dipertikaikan popularitinya.

"Walaupun dikritik dan sebagainya, AF telah membantu Astro daripada segi jualan dan sokongan penaja. Ia telah banyak membantu membangunkan strategi perniagaan kami. Saya tidak nafikan AF mungkin agak 'penat'.

"Apatah lagi untuk sampai ke tahap ini. Sebab itu, Astro perlukan perubahan pada masa depan. Ia akan diumumkan kemudian," katanya pada sidang akhbar selepas konsert terakhir AF8 berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada konsert yang disiarkan menerusi Astro Ria itu, Shahir muncul sebagai juaranya dengan menewaskan empat lagi pelajar iaitu Adira, Daus, Maulana dan Iwan berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para penonton.

Konsert akhir AF8 selama dua jam yang mengenakan tiket RM10 dan RM20 itu memperlihatkan Shahir menerima undian SMS sebanyak 43.19 peratus, Adira (25.13 peratus), Daus (12.47 peratus), Maulana (10.28 peratus) dan Iwan (8.93) peratus).

Menurut Zainir, Astro cuba melakukan perubahan format pada AF8 termasuklah dengan mengasingkan program Debaran dan konsert mingguan bagi menarik perhatian para penonton biarpun ia mempunyai risikonya yang tersendiri.

"Pertukaran konsep dan format dalam AF8 memang ada risiko daripada segi rating konsert di mana jumlah tontonannya jatuh. Ia kesan negatif pada konsert tetapi positif pada keseluruhannya. Pecahan rating pada malam Ahad juga berbeza.

"Tetapi saya puas hati secara keseluruhannya termasuklah konsert akhir ini. AF masih lagi program hiburan nombor satu Astro. Pilihan lagu malam ini tepat dan memenuhi genre para pelajar dan ia bersifat mesra radio.

"Kami akan pastikan finalis AF8 dapat bertapak dalam industri ini. Adira dan Emma misalnya, baru sahaja dilantik duta produk kesihatan Inner Shine selama setahun. Mereka boleh disesuaikan dengan produk-produk di luar sana," ujarnya.

Sewaktu ditanya sama ada AF masih relevan untuk diteruskan, Zainir tidak menafikan hakikat itu berdasarkan strategi perniagaan Astro yang diletakkan menerusi program tersebut masih berjaya menjalankan peranannya.

"Astro juga belum terfikir lagi untuk menamatkan AF atau menghentikannya buat sementara waktu. Ini kerana, AF banyak membantu dalam strategi perniagaan kami selama ini. Sebab itu AF tidak wajar dihentikan kerana ia masih berfungsi.

"Cuma masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Untuk program AF9 musim 2011, kami belum tetapkan lagi," katanya yang turut dibantu oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi pada sidang akhbar tersebut.

Meskipun, AF masih relevan untuk diteruskan pada musim-musim yang akan datang, tetapi Azlin tidak menafikan berlakunya penurunan jumlah undian SMS para pengundi dalam AF8 berbanding AF7 .

"Setakat konsert terakhir AF8 pada malam ini undian SMS yang kami terima berjumlah 3.75 juta berbanding AF7 yang menerima 3.9 juta SMS, " ujarnya yang turut bersama lima finalis AF8 pada sidang akhbar itu.

Lima lagu Edry di AF8

SELAKU pengetua AF8, Norman Abdul Halim terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya meningkatkan mutu persembahan para pelajarnya selain berdepan dengan kritikan terhadap program tersebut.

Pada konsert akhir program yang diambil daripada La Academia dari Mexico sejak 2003 itu, anggota kumpulan KRU itu sekali lagi menjawab persoalan apabila kesemua lagu baru yang dinyanyikan pelajar AF8 adalah ciptaan adiknya, Edry Abdul Halim.

Jelas Norman, lima lagu baru ciptaan Edry itu bukannya pilihannya, tetapi ia diputuskan oleh panel jawatankuasa Astro yang tertarik dan bersetuju dengan kesemua lagu itu dan bersesuaian dengan para pelajarnya.

"Pemilihan lagu baru yang disampaikan oleh para pelajar AF8 bukan keputusan saya. Kalau tidak silap saya ia dipengerusikan oleh Aditya dari Astro bersama tujuh ahli jawatankuasanya yang lain.

"Ada 30 buah lagu baru yang diketengahkan tetapi panel juri memilih lagu-lagu Edry. Ia sesuai dengan setiap pelajar AF8. Pemilihan lagu malam ini mengikut meritokrasi daripada lima hingga 10 lagu terakhir yang terpilih.

"Saya bukan mahu Edry bolot semuanya tetapi saya memang perlukan kerjasamanya termasuklah Yusry. Untuk siapkan tujuh video muzik dalam masa dua minggu untuk AF8 juga saya tidak mampu buat sendiri," katanya lagi yang turut memberitahu album kompilasi AF8 Hits akan dilancarkan di Mutiara Damansara pada 26 Mei ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.