saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 25/05/2010

YPBN sumbang RM200,000 beli buku


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin meletakkan batu penanda arah kiblat pada majlis perasmian pembinaan surau PPR Kampung Limau, Lembah Pantai, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 24 Mei - Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) menyumbangkan sebanyak RM200,000 kepada perpustakaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu negara.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh pengerusi yayasan itu, Shaari Abdullah kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sempena program Juara Rakyat peringkat Lembah Pantai di sini.

Menurut Shaari, sumbangan tersebut akan digunakan untuk pembelian bahan-bahan bacaan untuk ditempatkan di perpustakaan di kawasan PPR.

"Untuk menjadi bangsa dan negara yang maju, secara purata, setiap rakyat perlu membaca sebanyak sepuluh buah buku setiap tahun.

"Malangnya sikap membaca di kalangan masyarakat kita masih tidak boleh dibanggakan kerana secara puratanya, kita hanya membaca dua buah buku setahun.

"Perkara ini akan membantutkan impian kita untuk menjadi sebuah negara maju kelak," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan itu.

Shaari mengambil contoh negara Korea dan Taiwan yang mundur 30 tahun lalu tetapi kini berubah menjadi negara yang maju dan moden kerana mereka menguasai ilmu melalui pembacaan buku.

Bagaimanapun, kata beliau, menurut kajian, sikap tidak suka membaca di kalangan rakyat negara ini disebabkan beberapa faktor terutama masalah ekonomi.

"Ada ibu bapa yang tidak mampu untuk membelikan anak-anak mereka buku ekoran kesempitan hidup.

"Tetapi kalau kita pandai merancang perbelanjaan perkara itu sebenarnya boleh diatasi," katanya berharap bantuan itu dapat mengurangkan beban orang ramai untuk mendapatkan bahan bacaan berkualiti.

"Ini juga sebagai tanda bahawa kita sangat menggalakkan amalan membaca di kalangan orang ramai," ujarnya.

Sementara itu, Raja Nong Chik mengucapkan terima kasih kepada YPBN atas sumbangan tersebut.

"Buku-buku yang disumbangkan akan disimpan di perpustakaan setiap PPR yang ada.

"Semoga dengan adanya sumbangan seumpama ini, akan membuka minat orang ramai untuk mengamalkan budaya membaca," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, penduduk di PPR Kampung Limau akan mendapat sebuah surau baru yang dijangka siap sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Beliau turut meletakkan batu penanda arah kiblat sebagai simbolik kepada perasmian pembinaan surau berkenaan.

Sementara itu, pelbagai acara diadakan sempena program Juara Rakyat peringkat Lembah Pantai seperti sukaneka, forum perdana, senam poco-poco dan pelbagai acara lagi yang menjurus kepada pembentukan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat dan pemimpin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.