saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/05/2010

Peluang untuk penerbit baru


Senator Heng Seai Kie (tiga dari kanan) bersama melakukan perbincangan dengan Shuhaimi Baba ( kiri) sambil perhatikan oleh dari kanan David Teo, Mohd. Mahyidin Mustakim dan Zulkifli Abd. Wahab (dua dari kiri).


DANA Industri Kreatif yang diperuntukkan oleh kerajaan sebanyak RM200 juta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Bajet 2010 tidak lama dahulu bukan sahaja membuka laluan kepada penerbit sedia ada untuk terus berkarya tetapi juga kepada penggiat baru.

Peluang sama rata diberikan bukan sahaja kepada penerbit filem Melayu tetapi juga penerbit filem dari pelbagai kaum meliputi pelbagai genre filem.

Asalkan filem yang dihasilkan adalah produk tempatan, peluang untuk memperoleh pinjaman bagi dana berjumlah antara RM50,000 hingga RM5 juta terbuka luas.

Bagaimanapun, ada jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi menilai skrip-skrip filem daripada syarikat penerbitan yang mengemukakan permohonan.

Tujuannya bagi memastikan kualiti serta hasil filem yang memperoleh pinjaman dana tersebut mencapai mutu serta piawaian yang ditetapkan.

Menyedari ramai penerbit terutamanya penerbit muda yang masih belum jelas secara terperinci tentang dana tersebut serta cara permohonannya, sebuah sesi dialog tertutup telah diadakan bersama Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie di Finas, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.

Turut dibangkitkan dalam sesi tersebut ialah penegasan bahawa dana yang disalurkan oleh kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu bukan hanya untuk penerbitan filem Melayu tetapi pelbagai genre filem tempatan.

"Sesi dialog yang diadakan adalah untuk memaklumkan kepada penggiat seni secara terperinci tentang Dana Industri Kreatif rentetan salah faham serta aduan yang diterima oleh kementerian sebelum ini.

"Ada beberapa pihak mengeluarkan kenyataan yang kurang tepat tentang jenis bantuan yang diberikan dan ada juga yang menganggap bahawa dana tersebut di peruntukan hanya untuk penerbitan filem Melayu sahaja.

"Justeru, sesi ini diadakan untuk memberi makluman kepada penggiat seni supaya mereka faham tentang prosedur sebelum tampil mendapatkan bantuan kepada pihak kementerian," kata beliau.

Turut menghadiri sesi dialog tersebut ialah Ketua Pengarah Finas serta timbalannya iaitu Mohd. Mahyidin Mustakim dan Zulkifli Abd. Wahab.

Percaya akan trend industri kreatif bakal menjadi ikutan pada masa hadapan, dengan penglibatan penerbit baru dalam Persatuan Filem Malaysia (PFM) secara tidak langsung idea, saingan serta daya kreatif dapat ditingkatkan.

Sesi dialog itu melibatkan seramai 36 orang penerbit filem yang terdiri daripada ahli dan bukan ahli PFM termasuk Datin Paduka Shuhaimi Baba dan David Teo.

Tambah Heng Seai Kie lagi, selain menerangkan duduk perkara sebenar tentang dana tersebut yang diperuntukkan antara RM50,000 hingga RM5 juta bergantung pada penilaian dan keperluan produksi, sesi dialog itu juga secara tidak langsung merapatkan hubungan antara penerbit senior dan baru.

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diberi mandat untuk menguruskan dana pinjaman tersebut khusus untuk industri kreatif termasuk animasi dan interaktif.

"Kadar faedah yang dikenakan untuk tempoh pembangunan pinjaman dana tersebut ialah 2 peratus untuk empoh satu hingga dua tahun manakala 4 peratus untuk tempoh lima tahun," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.