saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 27/05/2010

Perkahwinan Radhi OAG masih sah

PETALING JAYA 26 Mei - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini buat kali kedua mengesahkan bahawa pasangan vokalis kumpulan Old Automatic Garbage (OAG), Radhi dan Shazlin Shariff masih suami isteri yang sah.

Hakim Syarie, Ghazali Ahmad membuat keputusan itu selepas Radhi bersumpah menafikan dakwaan Shazlin bahawa dia telah melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya itu pada 25 Februari tahun lalu.

Beliau dalam penghakimannya berkata, Shazlin yang bertindak sebagai plaintif dalam kes itu gagal mengemukakan dua saksi lelaki, manakala Radhi pula menafikan berlakunya lafaz talak tersebut.

Mengikut hukum syarak, kata Ghazali, Radhi selaku defendan perlu melafazkan sumpah penafian bagi menyangkal dakwaan isterinya itu sebelum mahkamah boleh membuat keputusan.

Sebaik sahaja diberi pilihan, Radhi atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali, 31, dilihat berbincang sebentar dengan peguam syarie yang mewakilinya, Musa Awang sebelum melafazkan sumpah yang dimulai dengan perkataan Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

Sementara itu bagi permohonan cerai secara baik pula, peguam syarie yang mewakili Shazlin, Rubiah Jaffar memaklumkan perjanjian yang berupa persetujuan bersama antara pasangan itu telah ditandatangani oleh Radhi pada 16 Oktober tahun lalu.

Jelas beliau, Radhi berbuat demikian selepas dia diberi peluang meneliti perjanjian persetujuan itu selain dijelaskan secara terperinci tentang syarat-syarat yang terdapat di dalamnya.

Musa bagaimanapun memohon agar diberi sedikit masa lagi untuk meneliti semula perjanjian tersebut serta memohon tarikh sebutan bagi kes itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan semula bagi permohonan cerai secara baik yang difailkan oleh Shazlin.

Sejurus selepas prosiding selesai, Radhi yang berbaju Melayu biru dilihat berbual dengan peguamnya dan menjawab soalan media sebelum tergesa-gesa meminta diri kerana perlu menghadiri sidang media di satu lokasi lain.

Sementara Shazlin yang berbaju kurung dan bertudung hitam dilihat segera meninggalkan mahkamah.

Shazlin, 30, yang pernah menganggotai kumpulan Girls in Music (GIM) memohon pengesahan lafaz lafaz cerai yang didakwa dilafazkan oleh suaminya melalui satu panggilan telefon pada pukul 11.40 pagi, 25 Februari 2008.

Lafaz tersebut berbunyi: ''Aku ceraikan kau talak tiga terus, ok.''

Perihal talak melalui panggilan telefon itu pernah disebut sewaktu prosiding pengesahan lafaz cerai bagi kes yang pertama pada 21 April 2009.

Shazlin ketika itu mendakwa Radhi ada membuat pengakuan mengenai lafaz tersebut melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi "The second one, yes I did" (Kali kedua itu, benar saya lafazkan) yang merupakan balasan kepada pertanyaan Shazlin kepada Radhi berhubung lafaz cerai kali kedua.

Walaupun kedua-dua pihak pernah membuat permohonan untuk bercerai secara baik, hakim syarie yang sama menolak permohonan tersebut kerana perlu menentukan sama ada jatuh talak mengikut hukum syarak dan jumlah talak.

Pada 27 Julai tahun lalu, mahkamah memutuskan bahawa Radhi dan Shazlin masih suami isteri selepas penyanyi itu membuat sumpah penafian.

Dalam sumpah itu, pelakon utama filem Antoo Fighter itu menafikan dia pernah melafazkan cerai pada 15 September 2008 ketika berbaring di kepala katil di bilik isterinya dalam keadaan sedar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.