saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 27/05/2010

Kes harta Syed Kechik 14 Jun

27/05/2010 12:53pm

KUALA LUMPUR 27 Mei - Keputusan sama ada pertikaian mengenai harta allahyarham Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary bernilai RM400 juta dapat diselesaikan di luar mahkamah akan diketahui 14 Jun ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Anantham Kasinather berkata, pihak-pihak yang terlibat itu perlu memberitahu mahkamah pada hari berkenaan hasil perbincangan mereka untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Beliau menetapkan tarikh itu selepas menemui Datuk N.Vijay Kumar, peguam bagi plaintif, dan Atan Mustaffa Yussof, peguam mewakili defendan, selepas kes itu disebut di hadapan beliau di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Atan memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak sedang berunding untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Plaintif terdiri Sharifah Zarah dan Sharifah Munira yang merupakan anak Syed Kechik hasil perkahwinannya dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah, manakala defendan, Syed Gamal, adalah anak lelaki tunggal Syed Kechik bersama isteri pertamanya, Zainab @ Eshah Abdullah.

Isu mengenai harta itu timbul selepas Syed Kechik meninggal dunia pada April tahun lepas pada usia 81. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.