saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 27/05/2010

Tanah Tinggi Lojing dapat hidroelektrik mini RM80j 2012

27/05/2010 7:09pm

KOTA BHARU 26 Mei – Kerajaan Kelantan dengan kerjasama sebuah syarikat swasta membina sebuah projek hidroelektrik kecil di Pusat Pembangunan Tanah Tinggi Lojing, dekat Gua Musang melibatkan belanja kos RM80 juta.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) Kelantan, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim berkata, projek berkenaan yang berkapasiti menjana tenaga elektrik 10 MegaWatt itu mampu menampung seluas 25,435 hektar kawasan pembangunan tanah tinggi itu menjelang 2012.

Menurutnya, projek itu adalah usaha sama kerajaan negeri dengan syarikat Pesaka Tecknologies Sdn. Bhd. (Pesaka) di Sungai Brooke, dekat bandar baru Gua Musang.

“Dengan siapnya projek itu, ia mampu menyalurkan tenaga elektrik sepenuhnya di kawasan pembangunan tanah tinggi tersebut menjelang 2012,” katanya di sini hari ini.

Menurut Dr. Zainuddin, perjanjian pembinaan projek itu telah dibuat antara syarikat swasta pengendali projek penjanaan elektrik itu dengan kerajaan negeri tiga hari lepas.

Pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias menandatangani bagi pihak kerajaan negeri, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Pesaka, Dr. Norhayati Kamaruddin dan Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Datuk Mohd. Hashim mewakili syarikat terbabit. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.