saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 30/05/2010

Selangor terlalu kebal


PEMAIN Selangor, Liew Kit Kong (tengah) bersaing merebut bola dengan pemain Perlis, Amar Rohidan pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, semalam.


KUALA LUMPUR - Selangor mencatat kemenangan ke-10 berturut-turut sejak April lalu apabila menewaskan Perlis 2-0 di Stadium Shah Alam semalam, sekali gus semakin sukar dicabar di tangga teratas Liga Super.

Pasukan bimbingan K. Devan memperoleh dua gol hasil jaringan bekas pemain kebangsaan Rudie Ramli pada kedua-dua babak, untuk memberikan kekalahan kesembilan buat skuad Singa Utara.

Selangor, yang beraksi di hadapan penyokong sendiri, membuka jaringan pada minit kelapan hasil hantaran Amirulhadi Zainal, sebelum Rudie menambah gol kedua pada minit ke-63 hasil hantaran menarik Safiq Rahim.

Kemenangan tersebut membolehkan Selangor mengumpul 50 mata, manakala Kelantan yang menghuni di tangga kedua dibezakan dengan lapan mata, walaupun berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang di gelanggang lawan.

Bagaimanapun, Pulau Pinang terlebih dahulu menceriakan penyokong sendiri di Stadium Batu Kawan, selepas mendahului melalui jaringan Failee Ghazali pada minit ke-22.

Kelantan terpaksa menunggu separuh masa kedua untuk bangkit.

Hairuddin Omar menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-66, sebelum Akmal Rizal Ahmad Rakhli meletakkan Kelantan di depan pada minit ke-75.

Pemain veteran, Che Hishamuddin Hassan memberikan kemenangan bergaya buat pasukan bimbingan B. Sathianathan melalui gol ketiga pada minit ke-88.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan kembali menemui rentak kemenangan selepas mengalahkan Johor 3-1, hasil dua jaringan Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-65 dan ke-78.

Skuad Rusa mendahului seawal minit ketiga melalui Abdul Halim Zainal, manakala gol saguhati Johor disumbangkan L. Ragesh pada minit ke-77.

T-Team pula gagal menggunakan kesempatan aksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, apabila seri 2-2 dengan Kedah walaupun Azrul Azwan Aminuddin meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada minit ke-44.

Kedah menyamakan kedudukan pada minit ke-48 melalui Shahrulnizam Mustapha dan Baddrol Bakhtiar meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-68, sebelum Harizul Izuan Abd. Rani muncul wira dengan gol penyamaan buat T-Team empat minit sebelum perlawanan tamat.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pasukan tuan rumah, Kuala Lumpur berkongsi mata dengan Terengganu selepas mencatat keputusan seri 1-1.

Pelawat di depan hasil jaringan Ashaari Samsudin pada minit ke-52, sebelum Badrul Hisyam Azmi menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti di minit ke-69.

KL Plus kalah 1-2 kepada Pahang di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.