saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/05/2010

Kampung Baru: Kuota 40% tinggi


Pemandangan dari atas antara Kampung Baru dan bangunan pencakar langit di sekelilingnya.


KUALA LUMPUR 30 Mei - Kerajaan perlu mengkaji semula pemberian kuota 40 peratus kepada orang bukan Melayu untuk memiliki hartanah di Kampung Baru menerusi Pelan Cadangan Konsep dan Kaedah Pelaksanaan Pembangunan kawasan tersebut.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kadar tersebut bukan sahaja terlalu tinggi malah akan menjejaskan peluang orang Melayu untuk membangunkan Kampung Baru.

Katanya, sebelum membuat keputusan untuk pemberian kuota tersebut, kerajaan seharusnya mendapatkan persetujuan daripada penduduk Kampung Baru terlebih dahulu.

''Kuota 40 peratus itu terlalu tinggi, seharusnya ia kembali pada dasar asal iaitu 30 peratus kepada orang bukan Melayu dan 70 peratus Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemberian kuota 40 peratus itu dijamin tidak akan menjejaskan hak pemilikan tanah orang Melayu.

Menurutnya, walaupun kuota 40 peratus daripada kawasan 122.9 hektar itu dicadangkan dibuka kepada kaum lain apabila dibangunkan kelak, orang Melayu dipastikan tetap menjadi keutamaan.

Tambahnya, penetapan nisbah yang dicadangkan itu bukan sahaja memaksimumkan potensi pembangunan tetapi juga bagi mengundang penglibatan lebih ramai masyarakat termasuk usahawan dari dalam dan luar negara memiliki ruang perdagangan dan unit-unit kediaman.

Ibrahim berkata, pemberian kuota 30 peratus kepada orang bukan Melayu wajar dipertimbangkan kerana beliau beranggapan golongan tersebut mempunyai nilai komersial untuk pembangunan ekonomi di Kampung Baru.

''Saya mencadangkan pemberian kuota 30 peratus itu dibahagikan kepada 20 peratus untuk orang Cina dan 10 peratus (India)," katanya.

Bagaimanapun katanya, bentuk pembangunan Kampung Baru di bawah Pelan Cadangan Konsep dan Kaedah Pelaksanaan Pembangunan perlu mempunyai nilai-nilai dan ciri-ciri estetika kemelayuan.

''Ia bagi menjadikan Kampung Baru sebagai Bandar Melayu seperti kewujudan bandar Cina di Jalan Petaling," katanya.

Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Bakar berkata, pemberian kuota kepada orang bukan Melayu tidak perlu bagi mengekalkan Kampung Baru sebagai hak orang Melayu secara keseluruhannya.

Beliau berpendapat, sekiranya kuota pemilikan tanah diberikan kepada orang bukan Melayu, ia bukan sahaja merugikan orang Melayu malah akan menjejaskan ekonomi orang Melayu di kawasan tersebut.

''Kampung Baru menjadi kebanggaan orang Melayu sejak zaman British lagi kerana ia merupakan satu-satunya perkampungan Melayu di tengah kota di mana menjadi tumpuan orang Melayu yang datang dari seluruh negara.

''Kampung Baru juga merupakan hak milik orang Melayu jadi jangan sesekali melibatkan kaum lain jika kerajaan mahu membangunkan kawasan tersebut," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.