saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 31/05/2010

ACCA gesa G20 pacu reformasi kewangan

KUALA LUMPUR 30 Mei - Mesyuarat G20 di Toronto akan menyediakan insentif dan peluang untuk membangunkan ekonomi berdaya tahan, menurut badan perakaunan global.

Ketua Eksekutif Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah (ACCA) , Helen Brand berkata, ketika Kumpulan Negara 20 (G20) bersiap sedia untuk bertemu di Toronto bulan depan, mereka telah melanjutkan beberapa saranan utama untuk para pembuat dasar global.

''Pada 26 hingga 27 Jun 2010, sebanyak 1,500 delegasi, termasuk ketua-ketua negara akan bersidang bagi membincangkan krisis kewangan global dan akses kemajuan yang dicapai dalam proses pemulihannya.

''Sejajar dengan tema persidangan 'Pemulihan dan permulaan baru', ACCA menyeru para pemimpin dunia untuk menunaikan janji-janji yang dibuat semasa persidangan yang lalu dan bertindak seterusnya dalam usaha ke arah reformasi sektor kewangan, standard perakaunan yang kukuh, kuat dan pertumbuhan berdaya tahan,'' katanya.

Ulangan bencana dalam skala ini adalah sesuatu yang mana bukan sahaja kerajaan atau kelompok awam atau masyarakat perniagaan antarabangsa boleh bersetuju," katanya.

''Kami merasakan krisis telah memberi insentif dan peluang untuk reformasi kewangan besar-besaran yang bakal menjurus kepada ekonomi berdaya tahan peringkat global.

''Walaupun ACCA memuji janji dan komitmen yang telah dibuat oleh G20 setakat ini, mesyuarat bertemakan 'Pemulihan dan permulaan baru' turut mengenal pasti beberapa bidang yang memerlukan tindakan selanjutnya,'' jelasnya.

Brand berkata, G20 seharusnya menunaikan komitmen mengenai integriti dalam institusi kewangan sebagai satu realiti, dengan menggalakkan langkah-langkah ke arah mengamalkan kod etika perniagaan dan fungsi pengurusan risiko yang lebih baik ke dalam sektor korporat dan kewangan.

Selain itu, G20 harus melontarkan persoalan 'terlalu besar untuk gagal' institusi kewangan dan mempertimbangkan pilihan serius dalam pengasingan perbankan pelaburan dan peruncitan.

''Mereka juga harus mengambil langkah-langkah yang konkrit ke arah pelaksanaan IFRS (Standard Laporan Kewangan Antarabangsa), dan memastikan standard perakaunan adalah bebas dari sebarang pengaruh politik.

''Perubahan dalam iklim dan pembangunan mampan seharusnya dimasukkan dalam agenda G20 dan menjadi nadi dalam amalan perniagaan menerusi penggunaan standard global laporan karbon,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.