saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 31/05/2010

AirAsia rancang taja kad merah Liga Barclays

KUALA LUMPUR 30 Mei - Selepas dua tahun berakhirnya penajaan AirAsia dengan Manchester United, syarikat penerbangan tambang murah itu menyatakan hasrat untuk menaja kad merah dalam Liga Premier Barclays pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, syarikat itu begitu teruja untuk menaja kad merah dengan tertera nama AirAsia di bawah kad tersebut.

Beliau mengakui bukan senang untuk mendapat kelulusan penajaan itu kerana ia pernah ditolak tetapi AirAsia akan berusaha sehingga mampu merealisasikan hasrat tersebut.

''Ia (menaja kad merah) merupakan impian saya sekarang.

''Jika ia berjaya, sudah pasti saya gembira kerana AirAsia akan menjadi syarikat pertama yang berbuat demikian,'' katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Fernandes yang digelar Raja Penjenamaan disebabkan idea kreatifnya dalam memasarkan AirAsia berkata, beliau tidak pernah takut untuk mencuba sebarang pendekatan mempromosikan syarikat penerbangan tambang murah itu.

Jelasnya, keberanian AirAsia dalam membuat pelaburan dan mempelbagai promosi syarikat penerbangan tersebut merupakan kunci kejayaan jenama AirAsia meskipun baru lapan tahun beroperasi.

''Setakat ini kita tidak begitu mengambil kira terhadap pelaburan untuk penjenamaan kerana kami turut mengambil kira pengukuhan jenama AirAsia.

''Setakat ini, saya berpuas hati kerana nama AirAsia telah menjadi sebutan di kalangan pelancong antarabangsa,'' ujarnya.

Selain penjenamaan, Fernandes berkata, untuk memastikan sesebuah syarikat teguh, majikan juga perlu menghargai kakitangan dari seluruh aspek.

Beliau berkata, AirAsia tidak pernah terfikir untuk mengadakan penerbangan ke destinasi antarabangsa sehingga idea itu dicetuskan oleh porter (petugas pengangkat beg).

''Dengan idea tersebut, AirAsia kini mempunyai AirAsia X,'' katanya.

Malah, beliau mendakwa layanan terbaik yang diberikan AirAsia menyebabkan kakitangan syarikat itu tidak menubuhkan kesatuan pekerja.

''Saya percaya sekiranya syarikat bersifat baik dengan kakitangan, mereka pasti akan memberikan yang terbaik untuk syarikat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.