saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 31/05/2010

Gaji tentera perlu lebih tinggi - Timbalan Menteri

31/05/2010 8:29pm

KOTA BAHARU 31 Mei - Kajian sedang dilakukan bagi mewujudkan

pelarasan baru kepada gaji di kalangan anggota angkatan tentera (ATM)

berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan yang menetapkan bahawa gaji anggota ATM perlu lebih tinggi dari penjawat awam yang lain.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, apa yang dilihat sekarang ialah gaji anggota tentera lebih rendah berbanding dengan gaji penjawat awam yang lain, sedangkan pada dasarnya ia sepatutnya lebih baik.

"Berdasarkan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Bilangan 256

(21) yang dibaca bersama Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, menetapkan gaji angkatan tentera mesti kanan dari anggota Polis Diraja Malaysia dan jabatan lain.

"Sebenarnya sudah tinggi (gaji anggota ATM), tetapi disebabkan ada perubahan pada tangga gaji kakitangan awam sebelum ini, menyebabkan gaji kakitangan awam lain dilihat lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas melawat Kem Desa Pahlawan di sini hari ini.

Dr Abdul Latiff berkata oleh itu berdasarkan peruntukan tersebut, satu

kajian sedang dijalankan bagi menentukan anggota ATM mendapat kenaikan gaji sejajar dengan kedudukan dan kebolehan mereka.

Bagaimanapun pelaksanaannya akan dibuat berdasarkan kepada keadaan ekonomi negara, katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.