saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 01/06/2010

Penjara Bandar Hilir mula dikosongkan

MELAKA 31 Mei - Penjara Bandar Hilir yang akan dijadikan sebagai muzium atau galeri penjara bagi tujuan pelancongan telah mula dikosongkan apabila seramai 130 penghuninya dipindahkan ke penjara baru di Sungai Udang dekat sini.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar berkata, pemindahan banduan-banduan tersebut dilakukan secara berperingkat dan kini hanya sebuah blok di Penjara Sungai Udang digunakan bagi menempatkan banduan tersebut.

''Pihak penjara akan membuka blok-blok seterusnya dari semasa ke semasa bagi memastikan penempatan banduan dipenuhi dan penjara yang bernilai RM303 juta itu dapat digunakan sepenuhnya.

''Setakat ini, penjara Sungai Udang hanya dihuni oleh banduan-banduan daripada Penjara Bandar Hilir dan belum menerima banduan daripada penjara luar negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Bacalah...Kamu Masih Di Hati anjuran bersama Perpustakaan Negara di Dewan Pamewara, Sekolah Henry Gurney di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar dan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie selaku ikon Perpustakaan Negara.

Pelbagai acara menarik selain ceramah motivasi daripada Dr. Sheikh Muszaphar, turut diadakan majlis perasmian bagi perpustakaan pertama di Sekolah Henry Gurney yang dinamakan Perpustakaan Muszaphar Shah.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Kompleks Penjara Sungai Udang yang dibina dengan kos RM303 juta sudah mula beroperasi sepenuhnya Mei lalu.

Menurutnya, penjara baru itu dapat menampung kira-kira 3,000 banduan membabitkan 1,700 banduan lelaki dan selebihnya wanita.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.