saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/06/2010

Lagi remaja lari ikut teman lelaki Lombok


Dyna Shahira Eddy Suza


KUALA LUMPUR 1 Jun - Banyak sudah kisah anak gadis dari negara ini yang hidup menderita selepas mengikut teman lelaki melarikan diri ke Lombok, Indonesia didedahkan.

Namun kisah-kisah sedemikian termasuk kes melibatkan seorang gadis berketurunan Iban dari Sarawak, Stefanie Liana Langka, 15, masih belum memberi keinsafan.

Terbaru, seorang lagi gadis berusia 17 tahun dari Kampung Lepar, Dong, Pahang, pula dilarikan oleh teman lelakinya berasal dari Lombok, yang bekerja di ladang getah berdekatan rumahnya.

Kehilangan Dyna Shahira Eddy Suza disedari ibunya, Nor Ruslina Jusoh, 34, setelah pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Dong itu, didapati tidak hadir ke sekolah.

Menurut Nor Ruslina, dia mendapat tahu mengenai kehilangan Dyna itu selepas dihubungi oleh guru kelas anaknya.

"Saya kemudian menghubungi telefon bimbit Dyna tetapi gagal. Ia merupakan kali ketiga Dyna lari dari rumah.

"Berikutan itu, saya telah membuat laporan polis pada 22 April lalu dan dia sehingga kini belum pulang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Nor Ruslina, dia percaya Dyna dilarikan oleh lelaki tersebut yang dikenali sebagai Asri, 25, (gambar) kerana anaknya itu pernah meminta kebenaran untuk berkahwin.

Katanya, dua hari sebelum kehilangan Dyna, anaknya itu telah pergi ke rumah kongsi lelaki terbabit.

"Namun pada 22 April, anak saya dan lelaki itu telah tiada. Saya cuba menghalang Dyna untuk ke sekolah pada hari itu kerana bimbang dia akan hilang.

"Bagaimanapun dia berkeras untuk ke sekolah. Dyna menghilangkan diri dengan membawa MyKad dan buku akaun bank," ujar beliau.

Beliau berkata, dia dan ahli keluarga lain telah berusaha mencari Dyna di merata tempat termasuk Kuantan, Johor dan Kuala Lumpur tetapi tidak berhasil.

"Dyna juga tidak pernah menghubungi saya sejak kehilangannya," ujarnya yang bimbang tentang keselamatan anak gadisnya itu.

Beliau turut berharap mana-mana pihak tertentu dapat menghulurkan bantuan untuk mencari Dyna seterusnya membawa anaknya itu pulang ke pangkuan keluarga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.