saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/06/2010

Upacara telan air liur tidak wujud

SHAH ALAM 1 Jun - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengesahkan dakwaan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tentang 'upacara telan air liur ustaz' yang dikatakan berlaku di sebuah masjid di Selangor sebenarnya tidak wujud.

Berdasarkan siasatan yang dilakukan di sebuah masjid di Ampang baru-baru ini, kariah yang terlibat hanya melakukan upacara minum air zam-zam di dalam cawan secara bergilir-gilir dan ia mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Sehubungan itu, Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, pihaknya mungkin akan mengambil tindakan terhadap Mohd. Asri kerana membuat dakwaan palsu berhubung perkara itu.

Beliau berkata, dakwaan terhadap Mohd. Asri boleh dibuat mengikut Seksyen 211 Enakmen Tata cara Jenayah Syariah 2003.

''Kita sudah melakukan siasatan dengan menemui kariah masjid yang dimaksudkan dan mendapati tiada kegiatan telan air liur dan aktiviti yang menyalahi akidah seperti yang didakwa Mohd. Asri.

''Kita kini sedang dalam peringkat rumusan dan selepas rumusan selesai kita akan rujuk kepada bahagian pendakwaan dan mungkin akan mengambil tindakan terhadap Mohd. Asri kerana membuat dakwaan palsu," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di sini petang ini.

Pada 13 April lalu, JAIS memanggil Mohd. Asri berhubung 'upacara telan air ludah ustaz' yang didakwanya dilakukan oleh seorang tokoh agama di negeri itu dalam portal berita propembangkang Malaysiakini.

Mohd. Asri hanya datang memberi penjelasan di pejabat JAIS pada 19 April lalu selepas pihak berkuat kuasa agama negeri itu memberi amaran akan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Susulan itu, pada 18 Mei lalu, JAIS memberitahu telah mengenal pasti sebuah masjid di sekitar kawasan Ampang di sini yang didakwa Mohd. Asri menjadi lokasi 'upacara telan air liur ustaz'.

Pihak JAIS telah pergi ke masjid tersebut untuk melakukan siasatan bagi memastikan dakwaan yang dibuat Mohd. Asri itu benar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.