saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 02/06/2010

UUM terokai filem


Kakitangan Unifilm ketika membuat rakaman filem pendek sempena Hari Kualiti UUM bertajuk Penyapu Lidi di Sintok, baru-baru ini. - Gambar Ehsan UUM


KUBANG PASU 1 Jun - Gabungan kepakaran akademik antara kalangan mahasiswa dengan penggiat industri perfileman tanah air kini melahirkan sebuah produksi kebanggaan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dikenali sebagai Unifilm (Uniutama Film Centre).

Menerusi penubuhan produksi milik UUM itu, ia akan menjadikan universiti berkenaan sebagai pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang media elektronik.

Unifilm yang dianggotai 20 orang kakitangan menempatkan studio dan kelengkapan teknikal bernilai kira-kira RM1juta itu mengorak langkah memperkembangkan perkhidmatannya kepada jabatan-jabatan, kolej dan pelbagai agensi sama ada swasta atau kerajaan, pihak korporat, penyelidik, tokoh akademik atau orang perseorangan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Prof. Dr. Dahlan Ismail memberitahu, penstrukturan Unifilm yang dahulunya dikenali sebagai Unit Penyiaran UUM adalah sebuah Unit Audio Visual yang bermula penubuhannya pada 1984.

Katanya, ia kini beralih arah setelah mengalami penjenamaan semula yang dikenali dengan nama Unifilm.

"Penubuhan Unifilm adalah cetusan idea Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi yang bertujuan menjana pendapatan kepada universiti melalui perkhidmatan audio visual dan produksi," katanya.

Beliau menambah, untuk menjadikan Unifilm cemerlang, sokongan daripada pelbagai pihak diperlukan dan pihaknya kini bekerjasama erat dengan Persatuan Pengarah Filem (FDAM) dan Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA) untuk mempelbagaikan lagi aktivitinya.

Prof. Dr. Dahlan berkata, Unifilm telah menjalin hubungan repat dengan Perbadanan Filem Nasional (FINAS) dalam usaha untuk menerbitkan lebih banyak kajian bagi mempertingkatkan pemasaran, pengurusan dan perkembangan industri filem tanah air.

''Langkah ini supaya suatu hari nanti, UUM mampu dinobatkan sebagai industri yang mampu memberi pulangan besar kepada negara menerusi film.

''Kita juga akan mengekalkan imej keintelektualan dalam setiap karya supaya ia dapat dihayati dan memberi kesan kepada masyarakat selain usaha yang memerlukan perkongsian dan percambahan idea bukan hanya daripada penulis skrip dan pengarah tetapi di kalangan ahli akademik," kata beliau.

Sehubungan itu, kata beliau, beberapa projek inovasi telah dirancang dalam menjayakan Unifilm iaitu penglibatan dalam Video Klip Kemiskinan, Video Klip Kajian Kes, Produksi Filem berskala besar bertajuk Panglima Awang Hitam.

Berpegang kepada tiga prinsip iaitu Kualiti, Kepantasan dan Kos (QSC), kata beliau, pastinya Unifilm mampu memberi sumbangan yang menyerlah terhadap perkembangan Industri Perfileman, penyiaran dan seni tanah air.

Sementara itu Pengarah Unifilm, Zaini Kosnin, berkata, pihaknya menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk Single Camera Production (SCP), Multiple Camera Production (MCP) untuk aktiviti-aktiviti anjuran universiti, pertubuhan pelajar UUM serta organisasi luar pada kadar harga yang sangat kompetitif dan berpatutan.

Selain itu, kata beliau, pihaknya menerbitkan video korporat, video latihan, video persembahan dan perasmian sesuatu majlis.

Katanya, krew Unifilm yang lengkap dengan penerbit rancangan, wartawan, jurukamera, pereka multimedia, arkib, juru audio, juruteknik dan beberapa kakitangan lain pastinya akan memuaskan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan produksi berkenaan.

"Unifilm akan memulakan langkahnya untuk menerbitkan drama televisyen, dokumentari, filem dan lain-lain program yang akan memberi sumbangan kepada pembangunan seni tanah air

Dengan pengalaman selama 10 tahun, penulis skrip telemovie dan drama bersiri popular Halimah Jongang yakin Unifilm mampu meletakkan UUM setanding dengan produksi tempatan yang lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.