saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 02/06/2010

PM arah selamatkan sukarelawan Malaysia

KUALA LUMPUR 1 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Wisma Putra memulakan usaha menyelamat sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam serangan kejam rejim zionis ketika menyertai konvoi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza, semalam.

Perdana Menteri berkata, sejak kerajaan menerima berita mengenai kejadian itu, Wisma Putra telah diminta menggunakan semua saluran yang ada termasuk melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta bantuan negara-negara ketiga supaya kedudukan terkini rakyat Malaysia dapat segera diketahui.

"Setakat ini kita amat sukar mendapatkan sebarang maklumat kerana tiada komunikasi dengan pihak berkenaan.

"Bagaimanapun, kita telah arahkan Wisma Putra menggunakan segala saluran yang ada untuk kita mengetahui mengenai status terkini sukarelawan Malaysia.

"Wakil kita di PBB juga akan melakukan usaha yang sama dan begitu juga dengan badan perisik di sini yang mana mereka juga mempunyai jaringan hubungan dengan badan perisik di peringkat antarabangsa. Setiap saluran dan medium ini akan kita digunakan sepenuhnya,'' kata beliau.

Najib bercakap kepada pemberita selepas melawat Pameran Inovasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX 10) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya kedudukan terkini rakyat Malaysia yang menyertai konvoi menghantar bantuan ke Gaza selepas kapal mereka iaitu Mavi Marmara diserang oleh rejim Zionis, semalam.

Menurut agensi berita asing, serangan tersebut menyebabkan 19 aktivis terkorban dan 26 yang lain cedera.

Antara rakyat Malaysia yang berada di atas kapal tersebut ialah wartawan dan jurukamera Astro Awani, Ashwad Ismail, 26 serta Shamsulkamal Abdul Latip, 43. Sehingga kini nasib mereka masih belum diketahui.

Sementara itu, enam lagi rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Rachel Corrie yang turut menyertai misi tersebut, dilaporkan selamat.

Dalam pada itu, Najib berkata, Malaysia akan mengusulkan pencabulan dan keganasan yang dilakukan oleh Israel itu untuk dibawa ke sidang Majlis Keselamatan PBB minggu depan.

"Kita juga sedang meneliti bagaimana Israel boleh dikenakan tindakan atas sebab mencabuli hak asasi dan undang-undang antarabangsa,'' katanya.

Mengenai cadangan memboikot barangan Israel, beliau berkata, cadangan itu tidak banyak memberi kesan dan tambahan pula produk buatan Israel tidak ada dijual di negara ini.

"Kepada keluarga sukarelawan Malaysia yang terlibat saya amat berharap mereka tabah menghadapi ujian ini dan bagi pihak kerajaan kita akan cuba sedaya upaya mendapatkan maklumat dengan segera,'' katanya lagi.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.