saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 03/06/2010

Mampu gerunkan penjenayah


Najib Tun Razak menunjukkan isyarat 1Malaysia semasa mengadakan lawatan ke Balai Polis Seapark dan sekitar kawasan perniagaan SS2 di Petaling Jaya, Selangor semalam. Turut kelihatan Hishammuddin Tun Hussein dan Musa Hassan.


PETALING JAYA 2 Jun - Kerajaan yakin kewujudan lebih ramai anggota dan pegawai polis beruniform di tempat-tempat awam melalui penempatan semula di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), mampu menggerunkan penjenayah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui pendekatan itu, ia juga diyakini dapat memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa keselamatan mereka adalah terjamin.

Beliau berkata, ia terbukti apabila kadar jenayah jalanan pada masa kini telah berjaya diturunkan sebanyak 39.6 peratus.

Tambahnya, indeks jenayah keseluruhan pula turun 15.1 peratus bagi tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Penempatan semula anggota dan pegawai polis yang merupakan salah satu inisiatif NKRA, telah membolehkan rakyat merasa selamat dan yakin.

"Kewujudan lebih ramai polis beruniform di tempat awam dilihat penampilan menggerunkan," katanya selepas membuat lawatan di Balai Polis Seapark dan beberapa kedai di kawasan SS2, di sini hari ini.

Mengiringi Perdana Menteri pada tinjauan mesra itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon ; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Mengenai penempatan semula anggota polis di Balai Polis Seapark, Najib berkata, seramai 81 lagi anggota ditambah bagi membantu 137 anggota yang sedia ada.

Katanya, selain itu, mereka turut dibantu sukarelawan polis (PVR) terdiri daripada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) yang memakai uniform polis.

"Rondaan Rukun Tetangga juga merupakan satu lagi input penting dalam menjaga keselamatan di sesuatu kawasan.

"Melalui cara ini dan ditambah dengan adanya balai polis bergerak, kamera litar tertutup (CCTV) penambahan logistik seperti motosikal dan kereta peronda, ia dilihat satu pakej baik bagi mengurangkan kadar jenayah dalam negara ini," katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan akan menjadikan Selangor sebagai modul kepada asas komuniti kepolisan.

Katanya, bagi ibu negara pula akan diterjemahkan sebagai kawasan polis berdasarkan kepada Model Baru Ekonomi (MBE).

"Bagi tempat-tempat lain, kita akan melakukan penambahbaikan dengan melibatkan kerjasama tiga penjuru iaitu polis, kakitangan awam dan masyarakat.

"Ia diharap dapat membawa kepada penurunan dengan ketara kadar jenayah dalam negara kita," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.