saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/06/2010

Tengku Mohamad Rizam bergelar Tengku Panglima Raja

KOTA BHARU 3 Jun - Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semalam mengurniakan anugerah kebesaran negeri yang membawa gelaran Tengku Panglima Raja Kelantan kepada Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz (gambar).

Kurniaan tersebut sebagai penghargaan kepada Tengku Mohamad Rizam selaku salah seorang Ahli Majlis Perajaan Negeri yang banyak berjasa kepada institusi kesultanan dan rakyat Kelantan.

Anakanda sulung kepada Tengku Sri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd. Hamzah dan juga cucunda sulung Almarhum Sultan Yahya Petra itu kini bertugas sebagai pegawai kanan di sebuah bank tempatan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dalam satu kenyataan memberitahu, majlis pengurniaan gelaran itu berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian semalam.

Gelaran Tengku Panglima Raja yang dianugerahkan adalah berlandaskan perkara 44(1) yang memberi hak kepada Tengku Faris Petra untuk mengurniakan gelaran Tengku Bendahara, Tengku Temenggung, Tengku Laksamana atau Tengku Panglima kepada mana-mana kerabat lelaki baginda.

"Gelaran tersebut dikurniakan oleh Pemangku Raja berlandaskan perkara 43(1), Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagia Yang Kedua," tegas Abdul Halim.

Sementara itu, Abdul Halim menyatakan penghargaan dan berterima kasih kepada pihak media yang banyak memberi kerjasama kepada pihak istana ketika institusi itu memerlukan perhatian ikhlas dari semua pihak.

Katanya, berita -berita yang disiarkan itu sedikit sebanyak dapat membetulkan fakta tidak benar yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab melalui surat-surat layang dan blog-blog berhubung konflik dalam institusi istana tersebut sebelum ini.

"Saya berharap semua pihak tidak lagi membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan khabar angin berkaitan hal ehwal Istana Kelantan.

"Berilah peluang kepada keluarga diraja ini menyelesaikan apa jua masalah keluarga dengan cara yang diperuntukkan oleh undang-undang negara kita," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.