saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 04/06/2010

Projek tebatan banjir Sungai Batu Pahat siap

BATU PAHAT 3 Jun - Empat projek tebatan banjir bernilai RM100 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Sungai Batu Pahat kini siap sepenuhnya.

Penduduk di kawasan rendah di sepanjang Sungai Batu Pahat kini mampu menarik nafas lega dengan siapnya projek mengorek dan mendalamkan muara sungai berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin berkata, projek yang dimulakan pada April 2009 itu siap dalam tempoh yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 12 bulan.

"Selain kerja mengorek dan mendalamkan muara sungai, projek tebatan banjir di sepanjang sungai terbabit turut merangkumi kerja membersih, membaiki tebing serta membuang kelodak dan lumpur di sungai berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis kesyukuran sempena selesainya projek tebatan banjir pakej pertama berkenaan yang dianjurkan kontraktornya, Malaysia Maritime and Dredging Corporation Sdn. Bhd. (MMDC).

Turut hadir Penasihat Korporat dan Pengarah MMDC, Datuk Abdul Rahman Mohd. Noor.

Menurut Ariss, projek di Sungai Batu Pahat itu adalah projek tebatan banjir pakej pertama yang siap sepenuhnya manakala bagi projek pakej kedua hingga keempat masing-masing membabitkan Sungai Simpang Kanan (18 kilometer), Sungai Simpang Kiri (19 kilometer) dan Sungai Bekok (15 kilometer) dekat sini dijadualkan siap sepenuhnya Julai ini.

Katanya lagi, empat projek penebatan banjir berkenaan adalah sebagai perancangan jangka panjang kerajaan mengelakkan banjir besar berulang di daerah ini.

Ariss menambah, beliau bersyukur kerana projek pakej pertama berkenaan berjaya disiapkan mengikut jadual di samping tidak menimbulkan masalah kepada penduduk di sepanjang sungai terbabit.

Beliau yakin penduduk di sepanjang Sungai Batu Pahat terutama golongan nelayan akan mendapat manfaat besar dengan siapnya projek tebatan banjir ini.

Abdul Rahman pula berkata, projek tebatan banjir di Sungai Batu Pahat itu dilaksanakan menggunakan dua kapal pengorek.

Tambahnya, operasi mengorek bagi mendalamkan Sungai Batu Pahat dilaksanakan 24 jam sehari sebelum sampah-sarap di samping kelodak dan lumpur yang diperoleh dilupuskan di kawasan tapak pelupusan yang diluluskan JPS.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 6:59
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.