saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 04/06/2010

Gema bebaskan Palestin di London


Masyarakat pelbagai kaum di London menyatakan bantahan terhadap serangan Israel ke atas Palestin Freedom Follitia, di Gaza, baru-baru ini.


TANGGAL 31 Mei 2010 adalah cuti umum di United Kingdom (UK) bersempena dengan Bank Holiday' yang ditetapkan beberapa hari dalam setahun termasuk Isnin terakhir bulan Mei.

Kebiasaannya, menjadi lumrah masyarakat setempat di UK berehat dan meluangkan masa bersama keluarga setiap kali cuti umum.

Namun, Bank Holiday kali ini agak berbeza bagi sebahagian masyarakat Britain yang prihatin. Kekejaman tentera Israel yang bertindak tanpa berperikemanusiaan terhadap sukarelawan bantuan kemanusiaan Palestin Freedom Follitia, mendorong ribuan masyarakat Britain turun ke jalanan di Kota London bagi membantah tindakan kejam rejim Zionis itu.

Penulis yang mengikuti pengajian peringkat sarjana di Universiti Reading, UK tidak ketinggalan turut serta berhimpun secara aman di kota London.

Segala-galanya bermula apabila ketika awal pagi penulis menerima e-mel seorang aktivis dari Persekutuan Persatuan Pelajar Islam (FOSIS), Amal Saffour yang menuntut di Kings College London.

Sebagai sebuah pertubuhan pelajar Islam induk yang memayungi pertubuhan-pertubuhan Islam di seluruh universiti di UK, FOSIS sering berada di barisan hadapan dalam isu-isu yang melibatkan umat Islam termasuklah perjuangan menentang kezaliman ke atas Palestin.

E-mel yang di terima daripada Amal ringkas, tetapi ia mempunyai misi yang cukup besar dan bermakna.

Ia berbunyi "Kapal yang membawa 10,000 tan barangan misi bantuan ke Gaza dan juga sukarelawan kemanusiaan diserang oleh tentera zalim Israel.

"Kapal ini membawa misi bantuan sejagat kepada penduduk Palestin. Sekurang-kurangnya 16 orang dipercayai terbunuh dalam serangan tersebut. Apakah tindakan anda? Ayuh berhimpun hari ini, 31 Mei 2010 di luar kediaman Perdana Menteri Britain di No. 10 Downing Street pukul 2 petang."

Walaupun mempunyai pilihan untuk berehat di rumah pada hari cuti, namun penulis tanpa berfikir panjang menyahut seruan aktivis FOSIS untuk bersama-sama berhimpun di tempat dan waktu seperti yang dimaklumkan.

Sejak dulu, isu Palestin ini begitu hampir dengan umat Islam di negara kita termasuk oleh penulis sendiri yang pernah terlibat menggerakkan program-program yang sinonim dengan perjuangan rakyat Palestin. Terutama ketika menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan kebangsaan pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Exco Majlis Belia Malaysia (MBM).

Kesempatan menuntut di UK sudah tentu mencetus tekad dan semangat untuk terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Serangan terbaru ke atas misi bantuan itu membuktikan keangkuhan Israel yang langsung tidak mempedulikan tekanan masyarakat antarabangsa.

Berbekalkan tekad dan semangat perpaduan bagi mereka yang menjadi mangsa kekejaman Israel, warga UK yang prihatin berkumpul di hadapan kediaman Perdana Menteri Britain bagi membantah tindakan Israel itu.

Mereka yang berhimpun sebahagiannya mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda sokongan dan simpati kepada rakyat negara itu terutama mereka yang terkepung di Gaza. Begitu juga perentang yang tertera slogan-slogan keras seperti Israel > State terrorist, Free Palestine, End Israeli Occupation, Stop Israeli's War Crimes in Gaza dan bermacam-macam lagi.

Perhimpunan aman itu bermula dengan ucapan bersemangat daripada para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh yang turut sama menganjurkan demonstrasi besar-besaran tersebut.

Antaranya termasuklah Kate Hudson (Pengerusi Campaign for Nuclear Disarmament) , Jeremy Corbyn (Ahli Parlimen parti Buruh untuk kawasan Irlington North), Salma Yaqoob (tokoh wanita Islam yang juga Pengerusi Birmingham Stop the War Coalation), Tariq Ali (aktivis anti peperangan) dan Craig Murray (mantan Duta Britain ke Uzbekistan).

Ucapan-ucapan mereka jelas mendesak supaya Israel menghentikan serangan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Israel diminta bertanggung jawab ke atas jenayah antarabangsa yang dilakukan.

Israel sepatutnya tidak menyekat pergerakan kapal bantuan itu kerana ia hanya untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk di Gaza.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.