saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 04/06/2010

Berlaku penetrasi, ada DNA 2 lelaki

KUALA LUMPUR, 3 Jun - Seorang pakar bedah dari Hospital Kuala Lumpur memberitahu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bahawa laporan kimia ke atas sampel yang diambil dari dubur bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menunjukkan berlaku penetrasi.

Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Dr. Mohd. Razali Ibrahim berkata analisis makmal menunjukkan kehadiran DNA dua lelaki.

Dr. Mohd. Razali, iaitu saksi pendakwaan kedua selepas Mohd. Saiful, berkata semasa beliau dan dua lagi doktor menyiapkan laporan klinikal mereka pada 13 Julai 2008, tiada sebarang pendapat konklusif dibuat mengenai penetrasi seperti yang didakwa oleh mangsa memandangkan laporan itu disediakan tanpa analisis sampel daripada Jabatan Kimia.

Dua lagi doktor ialah pakar rawatan kecemasan Dr. Khairul Nizam Hassan, dan pakar patologi forensik Dr. Siew Sheue Feng.

Pakar forensik Australia, Profesor Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, yang dilantik oleh pasukan Anwar, hadir di mahkamah hari ini.

Semasa pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Dr. Mohd. Razali diminta membacakan laporan kimia itu buat kali pertama di mahkamah.

"Melihat kepada keputusan laporan ini, sejarah kes daripada Mohd. Saiful, saya dapat mengatakan secara konklusif sekarang bahawa terdapat penetrasi yang konsisten dengan apa yang diberitahu oleh mangsa kepada mahkamah ini bahawa bahan pelincir digunakan semasa insiden itu dan ini mengakibatkan tiada kecederaan ditemui pada duburnya," kata Dr. Mohd. Razali.

Anwar, 63, Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd. Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Terdahulu, Dr. Mohd. Razali, 37, yang bertugas dengan Jabatan Pembedahan HKL, berkata beliau menerima panggilan telefon pada 28 Jun 2008, mengenai kes itu dan diberi taklimat sebelum beliau mula memeriksa dubur Mohd. Saiful.

Pemeriksaan itu dikendalikan dalam sebuah bilik khas di hospital berkenaan dengan kehadiran pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira.

Beliau berkata, Dr. Siew telah membantu beliau mengumpul empat sampel dengan dua daripadanya diambil dari rektum atas, satu dari rektum bawah dan satu lagi dari kawasan peri-anal.

"Saya menyerahkan kesemua sampel itu kepada Dr. Siew sebelum dihantar ke Jabatan Kimia," kata Dr. Mohd Razali.

Disoal selanjutnya oleh Mohamed Yusof mengenai sebab bahan pelincir digunakan semasa pemeriksaan itu, Dr. Mohd Razali berkata ia adalah prosedur normal dan juga bagi mengelak sebarang kecederaan selanjutnya.

Saksi pendakwaan kedua itu turut memberitahu mahkamah bahawa liwat juga boleh berlaku tanpa mengakibatkan apa-apa kecederaan.

"Bagaimanapun, dalam kes ini, bahan pelincir digunakan dan sebab itulah kami tidak menemui sebarang kecederaan pada bahagian luar atau dalam dubur Mohd. Saiful," jelas Dr. Mohd. Razali.

Analisis makmal ke atas sampel itu yang dijalankan pada 11 Julai 2008 mendedahkan perkara berikut:

l tiada alkohol dan dadah lazim lain yang dapat dikesan dalam sampel darah pesakit,

l kehadiran air mani pada kapas kesat B5, B7, B8 dan B9 (sampel yang diambil oleh Dr. Mohd Razali),

l tiada sumber asing DNA daripada kapas kesat yang diambil,

l campuran jenis DNA lelaki daripada kapas kesat B5,

l jenis DNA lelaki daripada dua individu daripada kapas kesat B7, B8 dan B9.

Pemeriksaan dubur Mohd. Saiful menunjukkan tiada parut atau rekahan pada kawasan luar dubur atau sebarang tanda kecederaan terbaru.

Pertikaman lidah turut berlaku antara pihak pendakwaan dan pembelaan apabila Dr. Mohd. Razali pada mulanya memberi keterangan dalam bahasa Malaysia, menyebabkan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, mengadu bahawa Wells akan berdepan kesukaran untuk mengikuti prosiding, tambahan pula laporan klinikal dibuat dalam bahasa Inggeris.

Mohamed Yusof berkata terpulang kepada saksi untuk memberi keterangan dalam apa jua bahasa yang beliau selesa dan ini menyebabkan Mohamad Zabidin menangguhkan prosiding untuk membolehkan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu.

Apabila perbicaraan disambung semula, Dr. Mohd. Razali memberi keterangan dalam bahasa Inggeris.

Perbicaraan ditangguhkan sehingga pagi esok untuk membolehkan peguam yang mewakili Anwar berbincang dengan Wells. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.