saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 04/06/2010

Peraturan lesen runcit tetap diteruskan - Ismail Sabri

04/06/2010 5:45pm

KUANTAN 4 Jun Kerajaan tetap meneruskan pelaksanaan lesen runcit barangan kawalan berkuat kuasa 15 Jun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, lesen runcit itu penting bagi memudahkan kerajaan memantau barangan kawalan seperti gula, tepung gandum dan minyak masak.

"Sebelum ini kerajaan agak sukar mengawal peruncit memandangkan bilangannya terlalu ramai berbanding pemborong dan langkah mengenakan lesen ini bertujuan menjaga kepentingan pengguna.

"Bayaran untuk membuat lesen ini begitu kecil iaitu RM10 untuk seumur hidup dan tidak timbul sebarang masalah sekiranya cadangan ini dilaksanakan, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini yang menyuarakan bantahan para peruncit Cina di negara ini.

"Tidak ada sebab mengapa mereka (peruncit) perlu mempertikaikan cadangan ini kerana langkah kerajaan adalah untuk mengawal barang keperluan daripada dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Ismail Sabri. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.