saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 04/06/2010

Buru tikus perosak padi


SEORANG peserta, Mohd. Ariff Ismail, 40, menunjukkan tikus yang berjaya ditangkap pada Kempen Kawalan Tikus di Yan, baru-baru ini.


YAN 3 Jun – Tikus merupakan antara haiwan yang paling dimusuhi oleh para pesawah kerana kehadirannya di bendang-bendang padi boleh menjejaskan hasil penanaman mereka.

Haiwan itu menjadi antara perosak utama tanaman padi di seluruh dunia termasuk di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) selepas siput gondang emas dan ulat.

Menurut rekod MADA, serangan tikus pada Musim II 2009 telah mengakibatkan seluas 3,314 hektar padi di kesemua empat wilayah lembaga itu rosak dengan kerugian dianggarkan mencecah RM20 juta.

Pada Musim II 2008 pula, MADA merekodkan sejumlah 2,555 hektar padi rosak melibatkan kerugian kira-kira RM15 juta akibat serangan haiwan berkenaan.

Maka tidak hairanlah, MADA secara berterusan menjalankan kempen kawalan tikus bagi menyedarkan petani mengenai keperluan mengawal kehadiran haiwan itu di sawah padi mereka.

Kempen yang dijalankan juga bertujuan mengurangkan populasi tikus, menyampaikan maklumat berhubung kawalannya dan memupuk hubungan lebih mesra antara kakitangan MADA dengan peladang.

Menurut Pengarah Bahagian Perancangan dan Teknologi Maklumat MADA, Robiah Lazim, tikus dilihat berbahaya kepada tanaman padi kerana ia dapat menyerang pada semua peringkat bermula dari penanaman sehingga penuaian.

Katanya, pembiakan haiwan tersebut adalah tinggi kerana tikus betina dapat beranak empat kali setahun dan dalam keadaan yang ideal, sepasang tikus mampu membiak sehingga 500 ekor setahun.

“Bilangan anak yang dilahirkan pada satu-satu kelahiran adalah antara tiga hingga 17 ekor dan secara puratanya sembilan ekor.

“Bayangkan kerosakan padi yang mampu dilakukan oleh haiwan ini bagi sesuatu musim penanaman jika tiada usaha untuk mengawalnya,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Kawalan Tikus 2010 di Ladang Contoh Batu 17, Sungai Limau Dalam di sini, baru-baru ini.

Robiah memberitahu, tabiat tikus ialah keluar pada waktu malam dan bersembunyi di dalam belukar termasuk di ban dan tepi tali air pada waktu siang.

Katanya, haiwan berkenaan akan mencari makan dan merosakkan tanaman padi meskipun jauh dari sarangnya.

“Tanda-tanda serangan tikus adalah seperti kesan batang padi dikerat, serangan bertompok-tompok dan daun kelihatan kekuningan serta kekeringan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, haiwan perosak itu jarang menyerang padi yang tumbuh berhampiran batas tetapi kebiasaannya sejauh 1.5 meter ke dalam petak sawah.

Lebih membimbangkan, kesan air liur dari gigitan tikus boleh mengundang serangan hawar seludang yang hinggap di pokok padi yang dikeratnya.

Bagi mengawal serangan tikus, Robiah berkata, MADA kebiasaannya menggunakan dua cara iaitu mengikut amalan tradisional dan kawalan secara kimia.

Katanya, amalan secara tradisonal meliputi kaedah seperti memusnahkan sarang-sarang tikus dan membunuh haiwan itu yang sekali gus dapat menghindarkan populasinya pada tanaman padi seterusnya.

Katanya, kaedah kawalan dengan membersihkan ban dan tepi tali air turut digunakan selain memasang perangkap serta mengadakan pertandingan memburu tikus.

“Kaedah kawalan secara biologi iaitu menggunakan burung Helang Kucing juga membantu mengawal serangan tikus selain pemangsa semulajadi seperti ular,” katanya.

Robiah menjelaskan, kaedah kawalan secara kimia adalah menggunakan racun yang disyorkan bagi mengawal serangan haiwan berkenaan.

Katanya, sejak penghujung 1970-an, MADA mengamalkan pengurusan haiwan perosak secara sepadu yang menekankan pemuliharaan persekitaran dan ekologi.

“Cara terbaik untuk mengawal serangan tikus di petak-petak sawah padi adalah secara berkumpulan. Justeru, kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi menjayakan kempen kawalan tikus.

“Kalau semua pihak dapat melakukan yang terbaik, Insya-Allah hasil keluaran padi juga akan meningkat,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.