saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/06/2010

Konsert Inul di Sunway ditunda berikutan bantahan ramai

KUALA LUMPUR 4 Jun - Para peminat Inul sekali lagi berputih mata untuk menonton persembahan penyanyi itu apabila Konsert 1 Inul Daratista yang sepatutnya diadakan di Sunway Hotel Resort & Spa, Petaling Jaya malam ini ditunda kerana mendapat bantahan ramai.

Malah, konsert anjuran Apex Event Network itu yang sebelum ini turut dirancang diadakan di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau pada 29 Mei dan Padang Kompleks Sukan Keningau pada 31 Mei lalu masing-masing di Sabah turut mengalami nasib yang sama.

Pengarah Apex Event Network, Nasir Abu Bakar berkata, ketiga-tiga konsert itu dibatalkan kerana ia mendapat bantahan banyak pihak termasuk Pergerakan Wanita UMNO Kalabakan, Sabah yang menyifatkan konsert itu kurang bermoral dan berbaur lucah.

"Ekoran bantahan itu, pihak polis menasihatkan kami supaya menunda konsert-konsert Inul di Tawau dan Keningau. Ia secara tidak langsung telah menjejaskan penganjuran konsert Inul di Petaling Jaya malam ini," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Nasir, ekoran pembatalan tiga konsert itu, pihak penganjur kerugian hampir RM250,000 dan beliau sedang berbincang dengan peguam bagi menyaman pihak-pihak yang membuat bantahan tersebut sehingga konsert itu tidak mendapat permit polis.

Pembatalan konsert penyanyi dangdut berasal dari Pasuruan, Jawa Timur itu bukan yang pertama.

Sebaliknya, tiga konsertnya dua tahun lalu iaitu di Johor Bahru pada 19 Julai dan 27 Julai serta 27 November di Kuala Lumpur menerima nasib yang sama kerana penganjur gagal mendapatkan permit.

"Dua tahun lalu apabila tiga konsert Inul itu dibatalkan kami telah menanggung kerugian sebanyak RM300,000. Saya akan berjumpa dengan peguam Selasa ini bagi berbincang apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil," ujarnya.

Konsert Inul yang dijadualkan diadakan di Petaling Jaya malam ini mengenakan bayaran RM3,000 hingga RM20,000 untuk sebuah meja merupakan yang termahal pernah dikenakan oleh penyanyi dangdut berusia 31 tahun yang terkenal dengan 'gelek gerudi' itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.