saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 05/06/2010

Ingatan untuk pelancong Malaysia ke Bandung

SEORANG rakan penulis yang mahu dikenali sebagai Tipah mengadu kecewa dan kesal kerana ditipu semasa melancong bersama keluarga di Bandung, Indonesia pada musim cuti yang lalu.

Ini bukan kali pertama Tipah melancong ke Indonesia terutama Bandung. Kali ini, dia datang bersama keluarga.

Menurut Tipah, dia cukup terkejut apabila terpaksa membayar kira-kira RM3.50 untuk segelas air limau nipis tanpa gula. Ketika makan di sebuah restoran Padang pula, dia bertambah terkejut apabila terpaksa membayar harga yang hampir sama bagi sepinggan nasi putih.

Lebih perit lagi Tipah datang dengan membawa satu rombongan yang besar termasuk membawa anak-anak dan cucu. Bukan itu sahaja, pemandu kenderaan yang disewa juga seorang pembelit. Mahu tidaknya, dengan manis mulut dan bicara lembutnya, pemandu itu berjaya meyakinkan rakan penulis untuk menempah tujuh biji kek dengan harga setiap satu kira-kira RM24.

Namun ketika Tipah sedang berjalan-jalan, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati kek yang sama dijual di pinggir jalan pada harga RM10 sahaja.

Tipah merupakan salah seorang daripada ribuan rakyat Malaysia atau kira-kira 50 peratus daripada pelancong yang mengunjungi Bandung kerana tarikannya sebagai pusat membeli-belah yang murah dan berkualiti.

Selain itu, Bandung yang terkenal dengan nama jolokan kota fesyen atau ‘Milan’ di Indonesia mempunyai cuaca yang agak dingin kerana terletak di kawasan tanah tinggi. Lantaran itu, ramai juga rakyat Malaysia yang memilih Bandung sebagai lokasi bermain golf.

Kisah Tipah hanya sebahagian daripada pelbagai kisah penipuan yang terpaksa dilalui oleh pelancong yang berkunjung ke Bandung, mahupun Jakarta.

Itu belum lagi kisah pemandu kenderaan sewa yang gemar bercerita mengenai kesusahan keluarganya semata-mata mahu mendapatkan simpati supaya diberi tips yang lebih. Ini kerana mereka tahu rakyat Malaysia rata-ratanya pemurah dan mudah tersentuh hati apabila mendengar kisah-kisah kesusahan orang lain, apatah lagi rakyat dari negara tetangga dan serumpun.

Para peniaga tempatan sendiri mengakui bahawa rakyat Malaysia merupakan pelancong yang berkualiti berbanding dengan pelancong dari Eropah.

Selain mengunjungi tempat-tempat menarik, para pelancong Malaysia turut membeli-belah dalam jumlah yang banyak.

Sebenarnya, sikap para peniaga dan pemandu kenderaan sewa pembelit itu membunuh industri pelancongan di Jakarta dan Bandung. Oleh kerana mereka tamak untuk mengaut keuntungan jangka pendek, mereka akhirnya membuatkan para pelancong tawar hati untuk mengunjungi destinasi berkenaan.

Apatah lagi pelancong Malaysia sebenarnya mempunyai pilihan lokasi lain yang lebih menarik dan barangan berkualiti seperti di China, Thailand, Vietnam, Kemboja dan sebagainya.

Seorang rakan penulis yang berasal dari Bandung dan berketurunan Sunda pernah menceritakan bahawa Bandung terkenal sebagai kota fesyen kerana orang Sunda sangat mementingkan seni khususnya fesyen dan muzik. Jadi, tidak hairanlah jika penyanyi popular di Indonesia kebanyakannya berasal dari Bandung.

Bandung juga digelar sebagai Parahyangan atau Priangan (bahasa Belanda: Preanger) adalah daerah Sunda di Jawa Barat yang luasnya mencakupi wilayah Ciamis, Tasikmalaya, Garut, Sumedang, Cimahi, Bandung dan Cianjur.

Priangan atau Parahyangan sering diertikan sebagai tempat para rahyang atau hyang atau nenek moyang. Masyarakat Sunda kuno percaya bahawa roh nenek moyang mereka atau para dewa menghuni tempat-tempat yang luhur dan tinggi, maka wilayah pergunungan dianggap sebagai tempat hyang bersemayam.

Memang tidak dinafikan alam sekitar di sekitar Bandung cukup cantik dan hawa yang dingin juga menyebabkan pelbagai jenis bunga yang mekar berbeza dengan yang terdapat di kawasan lain.

Namun daripada apa yang diceritakan oleh rakan yang berasal dari Bandung itu dengan apa yang dialami oleh pelancong Malaysia khususnya Tipah, ia memang jauh berbeza.

Sedikit sebanyak nama Bandung semakin tercemar akibat sikap gelojoh, tamak, tidak amanah dan sebagainya itu. Ia umpama memasukkan pasir ke dalam periuk nasi sendiri.

Mungkin para peniaga memikirkan ini adalah musim cuti di Malaysia dan mereka harus mengaut keuntungan semaksimum mungkin kerana selepas ini, jumlah pelancong tidak akan sebanyak itu lagi.

Itu belum lagi kisah sistem jalan raya yang tidak teratur menyebabkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk semasa musim cuti di Bandung. Jumlah kenderaan yang meningkat mendadak pada musim cuti juga menyebabkan udara di Bandung tidak lagi segar.

Ia sekali gus menyebabkan suhu dingin yang menjadi identiti Bandung semakin terhapus oleh haba panas dan asap kenderaan.

Dengan pelbagai rasa tidak selesa dan pengalaman ditipu berkali-kali terkeluar dari mulut Tipah bahawa Bandung sebenarnya ‘indah khabar dari rupa’, maka ia mengingatkan pelancong Malaysia agar lebih berhati-hati ketika berkunjung ke sana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.