saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 06/06/2010

'Usah pujuk dan rayu saya lagi'

KUALA LUMPUR 5 Jun - Walaupun 'sudah berkerat rotan berpatah arang' dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 2007, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa masih dipujuk supaya kembali bersahabat dengan bekas rakan baiknya itu.

Nallakaruppan yang menjalinkan persahabatan dengan Anwar selama 30 tahun sebelum ini mendakwa salah seorang daripada individu yang cuba memujuknya ialah peguam, Manjit Singh Dhillon.

Sehubungan itu, Nallakaruppan menasihatkan Manjit supaya menghentikan perbuatan sia-sia itu kerana keputusan untuk meninggalkan Anwar adalah muktamad.

"Saya meminta sahabat saya yang juga dahulunya peguam saya, Manjit Singh Dhillon tidak lagi memujuk saya untuk kembali berbaik dengan Anwar.

"Saya tahu Manjit amat rapat dan mempunyai hubungan yang amat baik dengan Anwar tetapi keputusan saya meninggalkan Anwar adalah atas prinsip dan ia satu keputusan muktamad," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sehari sebelum Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Seremban pada Mei 2007, Nallakaruppan yang pada masa itu Ketua Cabang PKR Kepong meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu dengan alasan tiada tempat untuk kaum India dalam parti berkenaan.

Ditanya sejak bila ada usaha untuk memujuk beliau, Nallakaruppan mendakwa ia bermula selepas pakatan pembangkang menang besar pada pilihan raya umum 2008.

Dakwanya, pujukan itu semakin kuat menjelang pelan pembentukan kerajaan pusat oleh Anwar melalui kaedah lompat parti pada 16 September 2008.

"Manjit suruh jumpa Anwar, kononnya dia akan jadi Perdana Menteri, banyak kali dia pujuk saya sama ada melalui telefon atau secara bersemuka.

"Saya mahu beritahu Manjit, tiada sebab saya nak berjumpa Anwar kecuali jika dia berani jumpa saya di mahkamah, saya memang tertunggu-tunggu juga," katanya sinis.

Mengulangi pendirian untuk tidak kembali kepada Anwar, Nallakaruppan berkata beliau sudah serik untuk berkawan dengan Ketua Pembangkang itu yang didakwanya cukup licik mempergunakan orang lain.

"Tengoklah sendiri hubungannya dengan Barat, selepas keluar penjara bukan main lagi dia ke sana mencari 'talian hayat'.

"Sekarang lain pula kisahnya, bila pekungnya mula terdedah, dia cuba pula menonjolkan dirinya sebagai pejuang isu Palestin," katanya.

Nallakarupan minta peguam Manjit Singh hentikan perbuatan itu kerana keputusan tinggalkan Anwar muktamad.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.